Buletin

HONDA LANCAR ACCORD 2019 DI THAILAND – BERMULA RM192,250 SEUNIT

Honda Automobiles Thailand baru-baru ini melancarkan sedan Accord generasi ke-10 ke pasaran tempatan selepas melakukan prebiu pada tahun lalu. 

Ditawarkan pada harga bermula 1.5 juta baht (RM192,250) seunit, Accord didatangkan dengan varian enjin turbo dan hibrid.

Enjin turbo empat selinder dengan Dual VTC bersesaran 1.5 liter yang turut digunakan pada Civic Turbo itu mampu menjana kuasa 190hp dengan penjimatan sekitar 16.4km/l dan boleh menggunakan bahan api E85. 

Dipadankan dengan kotak gear CVT, enjin itu menggantikan enjin 2.4 liter aspirasi biasa dan hanya hadir dalam satu varian EL.  

Sama seperti sebelum ini, Honda turut menawarkan varian hibrid dengan enjin 2.0 liter berkuasa 215hp.

Ia boleh dimiliki pada harga 1.65 juta baht (RM211,400), pelanggan boleh menerima pelbagai teknologi bantuan pemandu dengan menambah 150,000 baht (RM19,200) lagi. 

2019 Honda Accord Hybrid

Jika diteliti, kedua-dua enjin tersebut mempunyai sesaran lebih rendah. Sekali gus membolehkan harga lama dikekalkan, tetapi ia kini lebih lengkap dengan pelbagai ciri tambahan.

Bagi model hibrid, Accord dilengkapi siste bantuan pemanduan seperti Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Lane Departure Warning (LDW), Auto High-Beam (AHB), Adaptive Cruise Control (ACC) dan Low Speed Follow (LSF). Di samping Heads-Up Display berwarna. 

Di pasaran Thailand, Accord bersaing secara langsung dengan Toyota Camry yang berharga bermula 1.69 juta (RM208,880) seunit.   

Google ads
Back to top button