BuletinMotosikal

SERAGAM BARU BO55KU HAFIZH SYAHRIN DILANCARKAN!

SHARE

Setelah Yamaha, Ducati dan Honda mempamerkan barisan jentera rasmi dan pelumba MotoGP musim 2019, kini giliran KTM mempersembahkan jentera bersama seragam baru mereka.

Berbeza dengan team kaya yang lain, KTM ditemani pasukan satelit Tech 3 sehingga keseluruhan jentera RC16 jadi lebih berwarna-warni. Bukan hanya dominasi warna oren, kedatangan Tech 3 menampilkan warna oren dan biru. Tak perlu berselindung lagi warna ini mirip dengan STR14 Scuderia Toro Rosso.

KTM di musim 2019 menampilkan empat pelumba di kelas Premier iaitu Johann zarco, Pol Espargaro, Miguel oliveira serta Hafizh Syahrin bersama empat buah jentera yang akan diturunkan musim ini.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Bagi pasukan utama (Factory) Johan Zarco dan Pol Espargaro akan beraksi sementara pasukan satelit, berada dibawah naungan Tech 3 team yang berpisah dari Yamaha menampilkan Miguel oliveira dan Hafizh Syahrin Bo55ku.

Warna pasukan factory dan pasukan satelit tidak banyak perbezaan kerana posisi penaja bagi kedua-keduanya hampir sama. Red Bull hadir menyokong penuh kehadiran Tech 3 sehingga livery pun hampir mirip dengan pasukan factory .

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button