Buletin

HARGA RON 95, RON 97 DAN DIESEL KEKAL BAGI TEMPOH 4 HINGGA 10 MAC INI

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05, RM2.35 serta RM2.15 seliter bagi tempoh 4 hingga 10 Mac ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan, memaklumkan harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga runcit APM bagi RON95 dan diesel telah meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Google ads
Back to top button