Buletin

ORDER PETROL GUNA APLIKASI. LORI DATANG RUMAH, ISI PETROL

Sejak kebelakangan ini, boleh dikatakan kita melakukan hampir semua perkara di rumah sahaja apatah lagi apabila berdepan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Bahkan, ia merupakan norma baharu yang perlu disesuaikan orang ramai apabila perlu mematuhi penjarakan fizikal dalam memutuskan rantaian Covid-19.

Terbaharu, aplikasi mudah alih membenarkan pemilik kenderaan mengisi petrol mereka tanpa perlu keluar dari rumah.

Aplikasi dikenali sebagai Refuel itu boleh digunakan di dua bandar Afrika Selatan iaitu Johannesburg dan Pretoria.

Perkhidmatan Refuel menggunakan sebuah trak tangki petrol diubah suai dan didatangkan dua tangki petrol serta diesel dengan masing-masing berkapasiti 1,000 liter.

Proses menempah tidak sukar, ia sama seperti melakukan transaksi online. Para pengguna perlu memaklumkan berapa kapasiti bahan api yang ingin diisi sama ada dalam liter ataupun nilai matawang.

Maklumat lain termasuk butiran diri, alamat, informasi kad kredit untuk pembayaran dan nombor pendaftaran kenderaan.

Selepas proses berkenaan selesai, penutup petrol pada kenderaan perlu dibuka dan aplikasi akan memaklumkan apabila tugasan selesai.

Kos pengisian pula tidak banyak berbeza berbanding di stesen petrol tetapi perlu membayar yuran penghantaran kira-kira AS$1.36 (RM5.52) sahaja.

Difahamkan, aplikasi berkenaan akan menambah perkhidmatan kepada orang ramai termasuk menyemak tekanan tayar dan minyak di rumah anda. – autoevolution

Google ads
Back to top button