
HEK ELEH, KALAU MANUSIA PANDU MESTI LAGI TERUK – WAYMO
Sebuah roboteksi tanpa pemandu daripada operator Waymo sekali lagi jadi perhatian bukan kerana canggih, tetapi sebab terlanggar seorang kanak-kanak di kawasan sekolah rendah di Santa Monica, California. Walaupun kanak-kanak itu hanya cedera ringan, tapi insiden ini mencetuskan siatan keselamatan persekutuan yang lebih luas ke atas kenderaan autonomi seperti ini.
Insiden berlaku pada 23 Januari 2026, sewaktu kanak-kanak sedang turun dari kereta dan berjalan ke sekolah. Menurut laporan, kanak-kanak itu berlari keluar dari belakang SUV yang berhenti secara double park, terus ke melintas jalanraya ke arah roboteksi Waymo yang sedang meluncur.
Kenderaan itu dikatakan memperlahankan kelajuan daripada kira-kira 27km/j kepada bawah 10km/j sebelum melanggar kanak-kanak. Apa yang bagus ialah sebaik sahaja terlanggar kanak-kanak, roboteksi terus berhenti dan mendail 911 secara automatik
Reaksi rasmi Waymo buat ramai garu kepala dimana syarikat itu mendakwa bahawa pemandu manusia yang sangat fokus pun akan melanggar kanak-kanak itu pada kelajuan lebih tinggi iaitu sekitar 22km/j dalam keadaan yang sama. Sebagai alasan, Waymo mengatakan sistem pemandu automatiknya melambatkan kenderaan lebih cepat daripada yang mampu dilakukan manusia.
Secara logiknya terlanggar kanak-kanak 10km/j itu lebih baik daripada terkena pada 22 km/j. Tapi kalau kita fikir secara logik, ini bukannya video slow-mo Hollywood di mana robot itu elak dengan gaya lagak ngeri. Sebenarnya, robot itu masih gagal mengelak sepenuhnya.
Namun begitu, kenderaan Waymo sebelum ini telah menunjukkan kesukaran untuk mengenal pasti situasi di mana ia tidak sepatutnya memotong bas sekolah yang sedang berhenti. Pejabat Pendidikan Austin melaporkan sebanyak 20 insiden pada tahun lalu di mana teksi tanpa pemandu Waymo didapati melepasi bas sekolah yang berhenti dengan papan tanda berhenti dikeluarkan dan lampu amaran berkelip.
Masalah tersebut terus berlaku walaupun Waymo telah melancarkan kemas kini perisian bagi menangani isu berkenaan. Pihak daerah sekolah kemudiannya meminta agar operasi Waymo dihentikan semasa waktu mengambil dan menghantar pelajar, namun permintaan itu ditolak oleh Waymo
Lebih mengejutkan, isu double parkir SUV yang menghalang penglihatan itu memang biasa di zon sekolah dan pemandu terlatih akan memperlahankan kelajuan lebih awal. Tapi sistem automatik Waymo masih memutuskan 27km/j sebagai kelajuan operasinya, walaupun ada kanak-kanak berderet di kiri dan kanan.
Pihak Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Amerika Syarikat (NHTSA) kini menjalankan siatan rasmi untuk menilai sama ada roboteksi itu bertindak dengan cukup berhati-hati, terutama di zon sekolah yang sememangnya penuh risiko. S



