Motosikal

YAMAHA PG-1 KINI DENGAN WARNA BAHARU – RM6,998

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengemaskini Yamaha PG-1 bagi tahun 2026 yang kini tampil dengan dua warna lebih segar. 

HLYM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa PG-1 kini ditawarkan dengan warna Classic Black dan Sky Blue, masing-masing dijual dengan harga RM6,998 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). 

Namun begitu, selain warna perincian lain masih lagi kekal seperti model sebelum ini. 

Atas kertas, Yamaha PG-1 dipacu enjin satu silinder 113.7cc SOHC dengan penyejukan udara yang menghasilkan 8.8hp pada 7,000rpm dan 9.5Nm pada 5,500rpm. 

Bahagian casis pula merangkumi fork teleskopik di depan serta penyerap hentakan berkembar dibelakang. Brek pula terdiri daripada cakera brek depan dan brek dram di belakang yang dipadankan bersama rim lidi 16-inci dengan penggunaan tayar tiub. 

Antara ciri lain ditawarkan:

  • tangki 5.1L
  • panel meter analog 
  • penghidup elektrik
  • berat 107kg

Bagi mengekalkan imej retro, PG-1 ini juga hanya menggunakan lampu halogen berbanding LED. 

GALERI: YAMAHA PG-1 2026

Google ads
Back to top button