
HENNESSEY VENOM 1200 – 1204 HP, 1223 NM, 66 UNIT SAHAJA
Pakar modifikasi Hennessey kini tampil dengan sebuah lagi projek gila, kali ini menggunakan Mustang Shelby GT500 sebagai asas kepada model Hennessey Venom 1200.
Dihasilkan sebanyak 66 unit sahaja, Venom 1200 merupakan sebuah Mustang yang mampu menyaingi kelas supercar, dengan kuasa setinggi 1,204 hp dan daya kilas 1,223 Nm!

Enjin Mustang Shelby GT500 sedia ada diberikan modifikasi seperti unit pengecas lampau, sistem induksi aliran tinggi, sistem pancitan dan saliran bahan api, serta talaan semula dibuat terhadap transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.
Selain daripada talaan kuasa, pemilik Venom 1200 diberikan kebebasan untuk menghias liveri luaran mengikut citarasa peribadi.
Harga untuk satu unit Venom 1200 ini bermula dari $59,990 sahaja, dan harus diingat harga yang disebutkan itu tidak termasuk dengan kos untuk sebuah Mustang Shelby GT500.

Bermakna, anda perlu cari sendiri sebuah Mustang Shelby GT500 sebelum menyerahkannya kepada pihak Hennessey.