Buletin

KES KECURIAN KAMERA PERANGKAP KELAJUAN DI SWEDEN MENINGKAT. TENTERA RUSIA GUNA BUAT DRON?

Sebanyak 70 kamera perangkap kelajuan telah dicuri dalam masa lapan hari pada Ogos di Sweden. Hal itu tidak pernah berlaku sejak Sweden mula memasang kamera perangkap kelajuan pada 2006.

Pada Oktober, kes kecurian semakin meningkat dan hampir 150 kamera perangkap kelajuan rosak. Beberapa pakar percaya bahawa kejadian itu terjadi kerana wujud permintaan dari Rusia.

Pakar berpendapat Rusia mungkin menggunakan peranti dalam kamera tersebut untuk dron ketenteraan mereka. Ini kerana pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah membawa kepada sekatan teknologi.

Kementerian Ukraine mendakwa dron yang disatukan dengan kamera Canon serta botol plastik bertukar menjadi bahan api merupakan antara cara tentera Rusia melancarkan serangan ke atas mereka.

Masalah itu harus diatasi segera oleh kerajaan kerana Pentadbiran Pengangkutan Sweden melaporkan bahawa setiap kamera tersebut bernilai AS$22,786 (RM107,721) untuk diganti.

“Pencuri datang dari satu tempat dan pembeli datang dari tempat lain. Anda tidak melakukan kecurian sistematik sebesar ini melainkan ada permintaan,” kata seorang penulis dan blogger tentera, Lars Wilderang kepada New York Times.

Pihak berkuasa Sweden bagaimanapun belum mengesahkan kaitan antara kes kecurian itu dengan tentera Rusia. Satu perkara lagi perlu dipertimbangkan adalah kanta yang digunakan dalam kamera tersebut, tidak boleh dilaras. Sebaliknya, kamera itu hanya boleh memfokus sesuatu dari jarak 50 kaki.

Polis Sweden berkata mereka tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan siasatan masih berjalan.

Google ads
Back to top button