
MESIN JAHIT SINGER DIUBAH JADI MINI BIKE, DILELONG PADA HARGA RM3.7K
Sebuah motosikal mini menggunakan mesin jahit Singer menjadi perhatian netizen apabila laman Bring a Trailer mendedahkan ia dijual dengan tanda harga AS$800 (RM3,750).
Dihasilkan oleh seorang datuk, ia dipasang enjin karburetor Dell’Orto jenis 2-lejang silinder tunggal 50cc daripada Italjet Vampiro dengan kotak gear 4-kelajuan.

Perincian lain boleh dilihat pada gambar di laman tersebut termasuklah disertakan bersama tempat duduk berlapik, lampu LED, isyarat membelok, ekzos lekap tinggi dan panel meter analog.
Motosikal mini itu diserlahkan lagi warna hitam dengan bingkai mesin jahit Singer kemasan warna emas.

Menurut laman tersebut, motosikal mini itu telah diperoleh oleh penjual sekitar tahun 2002 di Kanada.
“Saya berharap ini akan dijual dengan harga lebih mahal. Ia mungkin memulakan industri baharu. Beribu-ribu mesin jahit lama perlu dikitar semula,” komen netizen.

“Jika saya mempunyai sesuatu seperti ini yang dibina oleh datuk saya, saya tidak akan menjualnya, saya mewariskannya dalam keluarga.”