Artikel PilihanBuletin

HONDA CIVIC INI DIPANDU DENGAN RIM SAHAJA – HEBAT MAKCIK NI (+VIDEO)

Bagi yang dah lama memandu sekali sekala tayar pancit ni memang biasa la. Logiknya bila tayar pancit tentulah kita akan berhentikan kereta dan menukar tayar gantian. Malah kalau anda seorang ‘instafemes’ sekali pun dan tak nak mencomotkan penampilan anda boleh je panggil bantuan dari mekanik ataupun kenalan anda yang berdekatan. Tapi lain pula dengan pemandu dari New Jersey ni. Dia buat dek je dan terus memandu.

Klip video ini dirakam oleh seorang pemandu trak di New Jersey, AS sewaktu memandu di Interstate 287. Honda Civic tanpa sebiji tayar belakang itu dipandu oleh seorang wanita dengan kelajuan sekitar 96 km/j macam tak ada apa-apa yang berlaku je.

Tak pasti pulak bila tayar kereta ni pecah tapi kerosakannya boleh tahan jugak. Sampai terkopek bumper belakang dan merosakkan sebahagian arca roda belakang. Ganas betul kan?

Kami tak salahkan pemandu trak ini yang memandu sambil merakam sebab ini memang jarang berlaku. Pemandu biasa kalau tayar pancit pun kita boleh sedar inikan pula tayar dah bersepai terus.

Memang pemandu yang tidak menyedari tayar mereka pancit tapi ini bergerak dengan rim saja tuan-tuan. Tapi boleh jadi jugak pemandunya bekerja sebagai pemandu lokomotif kan? Ye lah, dah biasa lokomotif yang memang tak ada tayar. Sia-sia je tayar gantian disediakan dalam kereta tu.

Kredit video ViralHog

Google ads
Back to top button