Artikel Pilihan

GENESIS GV70 – SUV MEWAH KOREA CITARASA AMERIKA

Genesis akhirnya memperkenalkan model terbaharu dalam katalog mereka, Genesis GV70, sebuah SUV yang kelihatan mewah dan sporty. Ini merupakan model yang dinantikan dan merupakan model yang kelima dalam rangkaian model sediaada lantas menjadikan ianya sebuah model SUV Kemegahan (flagship).

Perkataan GV itu bukanlah bermaksud Gegar Vaganza ya adik kakak sekalian. G itu bermaksud Genesis manakala V merupakan pangkal kepada versatility yang mampu ditawarkan oleh model ini.

Melihatkan penampilan luaran model ini ternyata ianya berupaya menghilangkan DNA Hyundai bagi mereka yang skeptikal tentang jenama dari Asia ini. Ternyata Genesis GV70 ini mempunyai citarasa Eropah dan Amerika. Ianya mengambil falsafah rekaan Athletic Elegance sekaligus menampilkan rekaan yang sporty dan berkuasa.

Rupa hadapan ini diserlahkan lagi dengan penggunaan lampu quad berlapis yang memberikan imej yang sedikit unik. Penggunaan Skid Plate berupaya memberikan imej macho yang patut ada sebuah model SUV seperti ini.

Manakala rekaan bahagian belakang model ini menggunakan rekaan lampu quad yang merintangi bahagian belakang. Cuma perkataan GENESIS sahaja yang membezaan di bahagian tengah. Cumanya bahagian Pilar C yang terus menjunam ke bawah memberikan kesan sama seperti sebuah model Coupe. Tapi paling ketara sudah tentulah rekaan corong ekzos berkembar yang menegak itu agak menarik perhatian sesiapa sahaja memandangnya.

Perincian bahagian kabin Genesis GV70 ini juga tampak mewah dengan balutan kulit di tempat duduk serta senada dengan papan pemuka di bahagian bawah. Manakala balutan kulit berwarna gelap telah dipadankan untuk memberikan kontras. Agak menarik juga melihatkan kawalan pendingin hawa menggunakan paparan elektronik yang turut digabungkan dengan tombol kawalan. Manakala di bahagian atas, kelihatan sistem infohiburan jenis terapung yang saiznya kelihatan agak lebar juga.

Manakala nadi bagi SUV belum lagi dimaklumkan secara rasmi. Namun berdasarkan pilihan enjin dalam kelaurga Genesis, boleh diagak diantaranya enjin yang bersesaran 2.5 liter dengan pendesak turbo berkembar atau pun enjin 3.5 liter V6 yang mana kedua enjin ini dipadankan pula dengan kotak gear lapan kelajuan.

Manakala, Geneasi turut menawarkan sebuah lagi varian tertinggi kepada model sedia ada dengan menawarkan GV70 Sport dengan penampilan rekaan bampar yang lebih garang serta penggunaan rim bersaiz 21 inci dengan menampilkan rekaan G-Matrix.

Kena tunggu tahun hadapanlah tengok macam mana bila ianya dilancarkan secara rasmi kelak.

BACA : GENESIS G90 BAHARU – JENAMA KEMEGAHAN GAYA K-POP

BACA : SUV MEWAH DARI KOREA – GENESIS GV80

Google ads

B K

Back to top button