Buletin

HONDA CIVIC JEPUN NAIK HARGA! CAT BAHARU

Honda Motor Co., Ltd. melancarkan Civic 2025 untuk pasaran Jepun dengan beberapa penambahbaikan.

Pembaharuan ini meliputi model hibrid e:HEV LX dan e:HEV EX, serta model petrol LX dan EX.

Seiring dengan peningkatan kos bahan mentah global dan logistik, Honda turut menyemak semula harga jualan yang disyorkan pengeluar di seluruh Jepun.

Model-model baharu ini dijadualkan untuk mula dijual secara rasmi pada 2 Oktober 2025 dengan tempahan bermula 21 Julai.

Penambahbaikan Luaran

Honda memperkenalkan warna cat luaran baharu yang sebelum ini hanya eksklusif untuk Civic RS dan model ZR-V.

Honda menukar bahan jernih (clear material) yang digunakan dalam cat, daripada melamin akrilik konvensional kepada bahan yang menawarkan fungsi lebih baik.

Hasilnya bukan sahaja meningkatkan kilauan pada badan kereta, malah turut meningkatkan ketahanan cat lebih daripada 1.5 kali ganda berbanding model sebelumnya (berdasarkan penyelidikan Honda sehingga Julai 2025).

Rangkaian Kuasa

Honda Civic ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa iaitu 2.0 liter hibrid dan 1.5 liter VTEC Turbo.

Model Hibrid (e:HEV LX & e:HEV EX):

  • Enjin: 2.0L suntikan terus kitaran Atkinson Cycle (kod enjin LFC-H4)
  • Kuasa Maksimum Enjin: 141 ps (104 kW) pada 6,000 rpm.
  • Tork Maksimum Enjin: 182 Nm pada 4,500 rpm.

Motor Elektrik:

  • Kuasa Maksimum Motor: 184 ps (135 kW) pada 8,000 rpm.
  • Tork Maksimum Motor: 315 Nm pada 0-2,000 rpm.

Transmisi: e-CVT.

Model Petrol (LX & EX):

  • Enjin: 1.5L suntikan terus VTEC Turbo (kod enjin L15C) dengan konfigurasi 4 silinder sebaris.

Kuasa Maksimum Enjin: 182 ps (134 kW) pada 6,000 rpm.

Tork Maksimum Enjin: 240 Nm pada 1,700-4,500 rpm.

Transmisi: CVT dengan penukar tork dan fungsi pedal gear.

Model Petrol (RS):

  • Enjin: Sama dan kuasa seperti model petrol LX & EX
  • Transmisi: Manual 6-kelajuan

Harga:

Berikut adalah senarai harga jualan yang disyorkan pengeluar di Jepun, termasuk 10% cukai penggunaan:

e:HEV LX:

  • Harga Lama: 3,998,500 yen (anggaran RM 114,394)
  • Harga Baharu: 4,094,200 yen (anggaran RM 117,110)

e:HEV EX:

  • Harga Lama: 4,307,600 yen (anggaran RM 123,230)
  • Harga Baharu: 4,403,300 yen (anggaran RM 125,946)

LX:

  • Harga Lama: 3,448,500 yen (anggaran RM 98,665)
  • Harga Baharu: 3,544,200 yen (anggaran RM 101,381)

EX:

  • Harga Lama: 3,798,300 yen (anggaran RM 108,604)
  • Harga Baharu: 3,894,000 yen (anggaran RM 111,320)
Google ads
Back to top button