
KETUA BOMBA LAKU MUSNAH NISMO 270R DISAMAN USD500K – ADAN UKE
Kereta-kereta JDM yang rare memang banyak menarik minat ramai. Tak kiralah sama ada pengumpul ataupun peminat. Cuma kali ini agak lain sikit sebab ia menarik perhatian seorang ketua balai bomba yang panas baran. Mangsa ialah sebuah Nissan 270R Nismo yang sangat-sangat rare.

Ia diasaskan daripada Nissan Silvia S14 dan hanya 30 unit dihasilkan di dunia. Daripada jumlah tersebut tiada satu pun dibawa masuk secara rasmi ke AS dan ia menjadikan 270R milik Mark Wahna dari New Jersey ni memang seekor unikon. Ingat senang ke nak bawa masuk dan daftar kereta macam ni kat sana.
Malangnya ketua balai bomba yang baran ni memang jahil kot pasal kereta. Akibat tidak berfikir panjang kerena marahkan air hujan yang mengalir dari kediaman Bahna ke lorong yang memisahkan kediaman tersebut dan balai bomba selian beliau, Josh Scolnick bertindak mencurahkan beberapa baldi kotoran bercampur batu ke atas kereta tersebut. Cis…cis…

Insiden tersebut berlaku pada 4 Mei 2024. Sebaik menerima laporan daripada pemilik 270R tersebut, Scolnick telah didakwa di mahkamah kerana laku musnah dan mengaku salah dengan denda sebanyak USD7,973. Itu saja ke? Tidak tuan-tuan. Wahna kemudian telah bertindak memfailkan saman sebanyak USD500K terhadap Scolnick!
Rupa-rupanya Wahna dalam proses menjual kereta tersebut dan harga yang dipersetujui dengan bakal pembeli ialah USD500K! Urusniaga tersebut gagal selepas Scolnick melakukan kerja khianat tersebut. Bahna masih ingin menjual kereta tersebut tapi memerlukan proses restorasi yang mendalam, jadi sebagai pengajaran saman je lah.
Memang harga tersebut kedengaran tidak munasabah tapi untuk mencari satu unit 270R original di dunia ni memang payah. Kalau nak beli GT-R R35 Nismo kat sini pun ada. Lagi susah kalau ada merupakan rakyat AS dan ingin membeli kereta seperti ini dalam keadaan baik macam 270R Wahna ni.
Dut banyak pun belum tentu boleh beli woo.


