Buletin

HONDA HR-V 2022 RASMI DILANCARKAN. 4 VARIAN, HONDA SENSING STANDARD, BERMULA RM114,800

Honda Malaysia hari ini melancarkan model Hip & Smart Runabout Vehicle, HR-V serba baharu secara rasmi ke pasaran tempatan. HR-V telah mencipta segmen baharu dalam pasaran ketika diperkenalkan pada tahun 2015, menjadikannya model paling laris sejak itu.

HR-V 2022 yang dibangun menggunakan konsep “AMP UP YOUR LIFE” telah diperbaharui. Ia kini hadir dengan gayaan luar biasa, sistem janaan kuasa canggih serta ciri inovatif. Pada masa sama mengekalkan praktikaliti untuk kegunaan harian.

“HR-V telah menerima sambutan positif daripada rakan media serta orang ramai dengan lebih 20,000 tempahan setakat ini. Dengan maklum balas menggalakkan itu, kami juga ingin  memaklumkan bahawa tempoh menunggu mencecah 12 bulan, bergantung kepada varian.

“Bagaimanapun, Honda Malaysia sedang mengambil langkah terbaik untuk menyerahkan kereta baharu pelanggan secepat mungkin,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura.

Honda Malaysia mensasarkan jualan sebanyak 1,600 unit HR-V sebulan.

Rekaan luaran

HR-V menerima pembaharuan menyeluruh untuk tampil lebih bergaya dan premium berbanding model terdahulu. Wajah depannya didominasi oleh gril yang sporty, sementara bahagian belakangnya dihiasi oleh jalur lampu LED.

Sentuhan estetik lain termasuklah lampu isyarat LED sequential, lampu Uutama LED sepenuhnya dengan lampu nyalaan siang (DRL), lampu kabus LED di depan dan rim aloi bersaiz 18 inci (bergantung kepada varian).

3 pilihan enjin

Malaysia menjadi satu-satunya negara yang menerima tiga pilihan enjin untuk HR-V. Pertama kali diperkenalkan untuk City dan City Hatchback, teknologi e:HEV telah menerima sambutan menggalakkan daripada pasaran. Ia akan dilanjutkan kepada HR-V RS serba baharu untuk memenuhi keperluan pelanggan yang mementingkan kecekapan sistem janaan hibrid dalam sebuah SUV kompak.

Sistem 1.5L e:HEV dengan dua motor menawarkan kuasa 131PS dan tork 253Nm tork. Sistem hibrid 2-motor Honda yang unik menyelaras antara tiga mod pemanduan iaiatu EV, hibrid dan enjin yang akan bertukar mengikut situasi pemanduan.

Bagi pelanggan yang inginkan pengalaman pemanduan berprestasi, pilih sahaja enjin 1.5L VTEC Turbo (varian V & E). HR-V 2022 merupakan model bukan nasional pertama menawarkan enjin pengecas turbo yang menghasilkan kuasa mencecah 181PS dan tork 240Nm untukpemanduan yang lebih responsif.

Varian RS, V dan E turut ditawarkan dengan pilihan mod pemanduan NORMAL, SPORT dan ECON yang boleh ditukar dengan mudah melalui Drive Mode Selector.

Varian S pula dilengkapi enjin 1.5L DOHC i-VTEC aspirasi biasa (NA) yang mampu menjana 121PS dan tork maksimum 145Nm.

Ruang kabin

Ruang dalaman jentera itu hadir dengan balutan kulit pada tempat duduk (bergantung kepada varian), pedal  Sports, pendingin hawa dua zon automatik dan Deceleration Selector Paddle.

Varian RS, V dan E menampilkan paparan kluster meter (TFT) Interaktif bersaiz 7 inci dan skrin audio 8 inci yang boleh dipadankan dengan Apple Carplay dan Android Auto.

Dengan ruang dalaman yang sofistikated, Honda turut memperkenalkan Air Diffusion System bagi mendapatkan kitaran udara sejuk yang lebih baik untuk semua penumpang. Ciri standard lain termasuklah corong pendingin hawa di belakang.

Selain itu, ciri yang pertama kali diperkenalkan dalam segmennya dan oleh Honda pada varian HR-V RS ialah Hands-Free Power Tailgate dengan fungsi Walkaway Close yang mana pintu belakang akan ditutup secara automatik jika pemandu bergerak menjauhi kenderaan selepas Walkaway Close Switch diaktifkan.

Penghidup enjin kawalan jauh dan ciri Walk Away Auto Lock juga merupakan ciri baharu yang diperkenalkan pada HR-V. Pemandu akan mendapati ciri Hill Descent Control sangat membantu dalam mengawal pendikit dan brek secara automatik bagi mengekalkan kelajuan rendah, membolehkan pemandu fokus kepada kendalian stereng ketika menuruni cerun curam.

HR-V juga dilengkapi set penuh teknologi keselamatan termaju Honda LaneWatch dan Honda SENSING. Sebagai nilai tambah terhadap keselamatan pelanggan Honda, Honda SENSING kini merupakan ciri standard untuk semua varian.

Honda SENSING terdiri daripada:

  1. Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)
  2. Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System)
  3. Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System)
  4. Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (Road Departure Mitigation)
  5. Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning)
  6. Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam)
  7. Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control)
  8. Sistem Mengikuti Kenderaan (Low Speed Follow)
  9. Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas (Lead Car Departure Notification)

Tidak ketinggalan ialah ciri Honda CONNECT yang merupakan satu teknologi terkini yang memanfaatkan Teknologi Telematik Pintar untuk menjamin keselamatan, sekuriti dan kemudahan.

HR-V Serba Baharu akan ditawarkan dalam lima warna iaitu merah, kelabu metalik, putih Mutiara, perak dan hitam. Harga HR-V seperti berikut:

GALERI

Google ads
Back to top button