Buletin

WRC 2022 – PASUKAN TOYOTA BERSEDIA DI ESTONIA BERSAMA GR YARIS RALLY1 YANG LEBIH LAJU

Minggu ini (14 – 17 Julai 2022) bakal berlangsung lagi pusingan ketujuh kalendar WRC di Estonia. Walau pun disebalik kejayaan memberangsangkan 1-2-3-4 di Kenya, pasukan Toyota nampaknya bakal hadir ke Estonia dengan jentera Yaris Rally1 yang lebih laju berbanding sebelum ini.

Dengan perkhabaran ini sudah tentu menghadirkan rasa gerun buat pasukan lawan, yang mungkin masih lagi tercari rentak kelajuan dan paling penting rentak kemenangan. Menurut Pengarah Teknikal pasukan Toyota Gazoo Racing Tom Fowler berkata ianya adalah disebabkan perkara yang mudah.

“Pasukan Hyundai lebih laju daripada kami di laluan lurus. Ini bermakna mereka mempunyai enjin yang lebih baik. Sekiranya ianya diukur dengan perbezaan, maka kami perlu melakukan sesuatu tentangnya”.

Menurut beliau lagi, analoginya ibarat jikalau anda melalui laluan lulus pasti anda mahukan Hyundai. Namun jikalau anda berada di laluan selekoh sudah pasti anda mahukan Toyota.

Menurut Tom Fowler lagi mereka tidak memperincikan tentang bahagian mana yang dilakukan mengenai enjin Yaris Rally1. Cumanya Tom Fowler mengesahkan terdapat sedikit pengubahsuaian terhadap.

Tambah Tom Fowler lagi kelebihan pastinya ada pada Hyundai untuk berlumba di Estonia.  Selain daripada kelebihan laluan lurus yang dimiliki oleh jentera Hyundai i20 N Rally1, kelebihan sebagai tuan rumah oleh jaguh tempatan Ott Tanak juga tidak harus dilupakan. Malah untuk tiga pusingan WRC berikutnya, akan terdapat lebih banyak laluan lurus berbanding selekoh yang pastinya akan memberikan kelebihan buat Hyundai. Sudah pastinya pasukan Toyota sudah bersedia untuk menghadapi tentangan daripada Hyundai.

Sementara itu, Kalle Rovanpera pasti masih lagi mahu mencari kejuaraan di Estonia. Apatah lagi tahun lepas beliau Berjaya mencipta rekod sebagai pemenang termuda untuk perlumbaan WRC di Estonia. Malah sebenarnya Estonia juga bukanlah asing buat Kalle Rovanpera sementalah Bandar Tallinn Estonia ibarat rumah kedua beliau.

Kiranya jikalau menang sekali lagi pun di Estonia, beliau masih lagi dianggap sebagai jaguh tempatan. Sekali gus menjarakkan pungutan mata beliau dan berada dalam posisi yang cukup selessa untuk muncul juara termuda WRC dalam sejarah.

BACA : WRC 2021 – KALLE ROVANPERÄ CIPTA SEJARAH DI ESTONIA UNTUK MUNCUL JUARA

BACA : RALLY ESTONIA 2019 – OTT TÄNAK HERO LOKAL MENANG!

Google ads

B K

Back to top button