Artikel PilihanBuletin

HONDA JAZZ GEN 4, DEBUT TAHUN DEPAN. ENJIN 1.0 LITER TURBO SEBAGAI PILIHAN

Dalam tak sedar, Honda Jazz generasi ketiga sekarang sudahpun masuk ke tahun terakhir. Diperkenalkan pada 2014 dan ia dijangka digantikan sepenuhnya pada 2020. Namun pengenalan model generasi keempat ini dijangka akan dipertontonkan pada Pameran Tokyo Motorshow tahun hadapan.

Sumber dari Jepun mendakwa bahawa Jazz (atau dikenali dengan nama Fit di Jepun) akan mendapat rangkaian enjin baru, iaitu 1.0 liter turbo. Di Jepun sendiri, enjin tiga selinder sebaris ini tidak pernah digunakan dalam produksi sebaliknya ia dibuat untuk pasaran Eropah.

Sebelum anda rasa skeptik dengan enjin tiga selinder untuk membawa badan Jazz, sebenarnya, enjin ini telahpun digunakan untuk model Honda CIvic untuk pasaran Eropah dan juga China.

Ia merupakan enjin tiga selinder, DOHC Earth Dream dengan sebuah pendesak turbo kecil dengan sejukan intercooler yang menghasilkan 129HP dan 173Nm tork pada 4500RPM, ia bukanlah enjin yang pekak sangat walaupun hanya tiga selinder. Malah antara yang berkuasa kalau dibandingkan dalam kelas enjin 4 selinder N/A berkapasiti 1800cc-2000cc N/A (Normally Aspirated)

Model 1.0L turbo ini dijangka akan jadi varian premium sepertimana 1.5 TCP bagi Civic dan HR-V

Laman web permotoran Jepun, bestcarweb telah mendedahkan lakaran komputer grafik model baru yang akan datang. Ia imaginasi pelukis berdasarkan garisan model semasa bagi model-model terkini Honda.

Seperti yang pernah kami siarkan bila imej ini dikirimkan oleh rakan kami di Thailand, rekabentuk akhir Jazz masih belum jelas lagi tapi berdasarkan reputasi media Jepun tersebut, mereka lazimnya dapat membayangkan rekaan sebenar secara asas.

ENJIN HYBRID SANGAT KRITIKAL

Di Jepun, enjin-enjin hybrid sangat ppular. Ia menguasai carta jualan kenderaan sejak beberapa tahun yang lalu. Selain enjin 1.0 liter turbo. dan pilihan enjin 1.3L dan 1.5L. Varian hybrid akan direka semula sepenuhnya menerusi platform 1.5 i-VTEC. Teknologi i-DCD motor tunggal akan dipertingkatkan dengan dua motor i-MMD.

Untuk model sekarang, menerusi ujian catatan perbatuan JC08 model hybrid mampu mencatat 34.0/L. Penganalisis membayangkan dengan teknologi semasa, Jazz generasi keempat hybrid ini mampu mencatat sehingga 40 km / L.

Sebagai perbandingan, Toyota Aqua (Prius C) mencatat 38.0 km / L dan merupakan kenderaan hybrid paling tinggi dalam kelasnya di Jepun. Model kedua ialah Nissan Note e-POWER dengan catatan 37.2 km / L.

Selain dari dua model popular ini, Honda Jazz juga berdepan dengan dua lagi model komapk hybrid iaitu Vitz Hybrid dan SuzukiSwift Hybrid.

SUMBER: BESTCARWEB.JP

Tags
Google ads
Back to top button