Buletin

FORD PUMA MASUK PASARAN AUSTRALIA. HARGA BERMULA RM97,700

Pengeluar kereta, Ford mengumumkan harga bagi subkompak crossover terbaharu, Ford Puma,  walaupun ia  hanya akan menjengah pasaran Australia pada bulan ini.

Tiga versi ditawarkan kepada pembeli di negara terbabit iaitu base, ST-Line dan ST-Line V. Model terbaharu ini dijual pada harga bermula AS$23,290 (RM 97,200) hingga AS$26,930 (RM112,392).

Bagi mereka yang memandu uji jentera tersebut pada bulan September dan Oktober pula bakal mendapat diskaun sebanyak AS$(RM1,519) manakala pemilik Ford akan menikmati pemotongan harga sehingga AS$728 (RM3,038).

Sempena menyambut pelancaran model Puma di negara Down Under itu, Ford turut akan menawarkan program memandu uji secara virtual.

Bahkan, melalui program ini, peminat jentera Ford dapat melihat dengan lebih dekat rekaan serta kemasan dalaman ditawarkan pada Ford Puma.

Selain itu, jentera ini hadir dengan tiga pilihan warna iaitu putih, biru dan merah.

Model ini mendapat khidmat enjin 1.0 liter yang mampu menjana kuasa 123 hp dan tork 170 Nm dengan transmisi automatik tujuh kelajuan.

Ford Puma akan memasuki bilik pameran bersama Escape baharu pada tahun ini. –carscoops.

Google ads
Back to top button