Buletin

INFLUENCER JUAL TEMBIKAI PAKAI LAMBORGHINI AVENTADOR. TAK BOLEH BLAH!!!

Media sosial banyak mempengaruhi dalam kehidupan hari ini. Seorang penerbit muzik, Seyed Yashar Tavakolia merupakan antara influencer menggunakan media digital sebagai platform mempromosi penjualan tembikai.

Apa yang menarik perhatian tentang lelaki kelahiran Iran menjual tembikai di Piyalepasa Boulevard daerah Beyoglu, Istanbul Turki ini adalah dia menggunakan jentera Lamborghini Aventador. Iyee dia guna Lambo!!!

Ruang hadapan jentera dijadikan ruangan mempamer tembikai yang dijual pada harga 60 sen satu kilogram.

Begitupun, aksi lelaki ini menyebabkan dia disaman polis Turki dan tidak dibenarkan memandu selama 15 hari.

Ia sama sekali tidak menjadi hal kerana melalui akaun Instagramnya, dia meraih pengikut mencecah 124,000 sehingga artikel ini dilaporkan apabila berkongsi gambar serta video penjualan tembikai tersebut.

Bahkan, dia turut meraih likes sebanyak 10,745 di laman Facebook dan beberapa pengikut baharu di platform media sosial seperti YouTube dan Twitter.

Mungkin ramai tertanya-tanya mengapa dia disaman pihak polis? Jawapannya mudah sahaja kerana jentera digunakan di luar tujuan mengikut pendaftaran.

Sebagai rekod, Lamborghini Aventador sama sekali tidak sesuai dijadikan kenderaan jualan di jalanan apatah lagi memiliki kapasiti terhad di ruangan meletak bagasi iaitu 110 liter sahaja.

Jentera yang lebih tepat hendak memulakan perniagaan jalanan di Turki merupakan Fiat Egea yang memiliki muatan mencecah 425 liter. – carscoops.

Google ads
Back to top button