Buletin

HONDA RIDGELINE DENGAN GEAR AUTO 9 KELAJUAN!

Ke manakah halatuju transmisi global? Jika dahulu pengguna hanya diberikan transmisi manual dan automatik, hari ini lebih banyak pilihan yang ada.

Manual, automatik, CVT, AMT dan klac berkembar. Pada masa dunia dijangka akan terus dengan transmisi klac berkembar, ada pengeluar yang kembali melihat semula transmisi automatik konvensional.

Maka lahirlah pelbagai inovasi seperti SkyActiv dan ada juga pengeluar yang menambah keupayaan transmisi sehingga sepuluh kelajuan.

Kenderaan dengan sejumlah transmisi begitu tidak terhad kepada segmen premium sahaja. Ford telah menggunakan transmisi sepuluh kelajuan automatik pada Ranger baharu.

Untuk model 2020, Honda memperkenalkan pikap Ridgeline dengan transmisi sembilan kelajuan automatik baharu.

Satu perkara menarik tentang Ridgeline ialah posisinya sebagai pikap serba boleh atau memenuhi gaya hidup aktif warga Amerika Syarikat. 

Banyak ciri inovatif pada Ridgeline seperti Dual Action Tailgate yang memberikan akses mudah pada ruang storan berkunci dan kalis cuaca In-Bed Trunk®.

Ridgeline juga mempunyai outlet kuasa AC 115V dan pertama di dunia dengan Truck Bed Audio System. 

Untuk model 2020, pintu kargo belakang menggunakan sistem kunci kawalan jauh manakala pintu belakang boleh dibuka dengan lebih luas untuk akses keluar dan masuk lebih mudah.

Kesemua varian Ridgeline 2020 didatangkan standard dengan sistem Honda Display Audio yang mempunyai ciri Android Auto™ dan Apple CarPlay® serta paparan skrin sesentuh lapan inci.

Menggerakkan Ridgeline 2020 ialah enjin 3.5 liter i-VTEC™ V6 dengan teknologi Variable Cylinder Management™ (VCM™). Enjin itu berkuasa 280 hp dan tork 355 Nm.

Kesemua varian ditawarkan dengan pacuan semua roda (AWD) i-VTM4® dan dua roda (2WD) untuk varian Sport dan RTL.

Dari segi keupayaan, Ridgeline boleh membawa beban maksimum 718.5 kg dan tunda sehingga 2,268 kg dengan pacuan AWD.

Satu lagi ciri bagus ialah kesemua varian dilengkapi teknologi Honda Sensing® yang merangkumi Collision Mitigation Braking System™ (CMBS™) dengan Forward Collision Warning (FCW), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM) dengan Lane Departure Warning (LDW) dan Adaptive Cruise Control (ACC).

Ciri keselamatan Ridgeline terbukti bagus apabila memperolehi kelas tertinggi dalam rating keselamatan daripada NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration) Amerika Syarikat.

Inilah kendeaan serba boleh dan kepandaian Honda dalam membangunkan pikap yang bukan sahaja lasak tetapi memenuhi gaya hidup pengguna.

Honda Ridgeline ditawarkan dari USD$34,995 (RM144,921) hingga USD$44,615 (RM184,759).

BACA: HONDA CIVIC FC K24 926HP UNTUK DRIFT!

BACA: HONDA JADE RS. PENGGANTI STREAM YANG TAK DIKENALI…

BACA: HONDA JADE RS. PENGGANTI STREAM YANG TAK DIKENALI…

 

 

 

Google ads
Back to top button