Buletin

POLIS TRAFIK TAWAR DISKAUN SAMAN 50%

Orang ramai berpeluang untuk menyelesaikan saman mereka pada diskaun 50 peratus dari harga sebenar dalam acara “Hari Bersama Pelanggan” yang bakal diadakan oleh Polis Trafik Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Lalu Lintas Kuala Lumpur, Asst Comm Zulkefly Yahya berkata, acara itu akan diadakan pada jam 8.30 pagi hingga 4 petang pada 24 Disember dan 26 Disember sempena sambutan Krismas.

“Kami menawarkan diskaun 50% untuk pelbagai jenis saman trafik.

“Kami berharap orang ramai akan menggunakan peluang itu untuk menyelesaikan saman-saman yang tertunggak,” katanya ketika dihubungi akhbar The Star semalam.

Antara kriteria yang layak mendapat diskaun 50% peratus adalah saman yang tidak boleh dikompaun, mereka yang terlibat dalam semasa Ops Selamat dan juga untuk saman bagi kes kemalangan jalanraya, katanya.

ACP Zulkefly berkata diskaun yang sama pernah ditawarkan pada sambutan Tahun Baru Cina pada awal tahun ini.

“Pada masa itu, seramai 1,600 orang datang untuk membayar saman mereka.

“Kami berharap lebih banyak orang akan tampil untuk menyelesaikan saman mereka kali ini,” katanya.

Katanya kakitangan polis yang mencukupi akan bertugas di ibu pejabat KL yang terletak di Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S. Lee pada kedua-dua hari tersebut.

“Kami menasihati orang ramai untuk datang lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

“Tawaran diskaun adalah salah satu cara kami untuk menggalakkan rakyat menyelesaikan saman mereka sebelum mereka disenaraihitamkan,” kata ACP Zulkefly.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai acara Acara Pelanggan, orang ramai boleh menyemak laman Facebook rasmi KL JSPT.

KREDIT: THESTAR

Google ads
Back to top button