Buletin

HUMMER EV HASILKAN EMISI CO2 LEBIH BANYAK BERBANDING KERETA ICE – KAJIAN

Biarpun GMC Hummer EV dipasarkan sebagai sebuah kenderaan elektrik, namun ia tidaklah sehijau dan mesra alam yang disangka.

Ini kerana menurut kajian impak terhadap perubahan iklim dan mengurangkan pembaziran tenaga daripada organisasi penyelidikan bukan berasaskan keuntungan ACEEE, mereka mendapati Hummer EV sebenarnya menghasilkan karbon dioksida yang jauh lebih tinggi berbanding kereta berenjin pembakaran dalaman.

Model ICE yang digunakan dalam perbandingan ini adalah Chevrolet Malibu dengan emisi CO2 321 gram untuk setiap batu.

Mereka turut membandingkan dengan sebuah lagi kenderaan elektrik Chevrolet Bolt EV yang hanya menghasilkan 92 gram CO2 untuk setiap batu, di mana angka tersebut jauh lebih rendah berbanding Hummer EV (341 gram CO2 per batu).

Namun, berbanding dengan model asal Hummer yang sangat dikenali sebagai model pelahap bahan api dengan emisi CO2 889 gram per batu, Hummer EV adalah jauh lebih cekap.

Hal ini disebabkan oleh bentuk badan Hummer EV itu sendiri yang sangat besar, berat (4,111 kg) dan tidak aerodinamik, di mana trenkuasa perlu bekerja keras untuk menggerakkan tubuh badan EV itu. – ACEEE

Google ads
Back to top button