" "
Buletin

HONDA CIVIC TYPE R BAKAL DIJUAL SEBANYAK 546 UNIT DI KANADA

Honda bakal melancarkan model hot hatch Honda Civic Type R generasi baharu dalam masa terdekat, dan ramai yang tertunggu-tunggu apakah yang bakal ditawarkan menerusi pakej jentera pacuan roda depan tersebut.

Namun ada satu berita buruk buat para peminat Civic Type R di Kanada, di mana pihak Honda dikatakan akan mengehadkan jualan jentera tersebut sebanyak 546 unit sahaja.

Menurut sumber daripada forum CivicXI yang mendakwa sebagai salah seorang pekerja di pengedar Honda Quebec, Kanada memberitahu, kesemua 546 unit itu akan dibahagian untuk tiga tahun yang berbeza, iaitu 2023, 2024 dan 2025 sahaja.

Lebih malang lagi, tidak semua pengedar akan mendapat slot untuk jualan Civic Type R, hanya pengedar besar yang berjaya menjual lebih lima unit dalam masa setahun akan berpeluang untuk menjual Civic Type R itu kepada pembeli di Kanada.

Setakat ini, Honda tidak pernah menyebut model Civic Type R generasi baharu ini akan dijual dalam unit terhad.

Namun di Eropah, Honda Civic Type R akan menjadi model berenjin pembakaran dalaman terakhir yang dijual di benua tersebut sebelum Honda beralih kepada penawaran kenderaan elektrik sepenuhnya. – CIVIC XI FORUM

Google ads
Back to top button