Buletin

GMC HUMMER EV LAKU KERAS, HABIS TERJUAL UNTUK TEMPOH DUA TAHUN

Langkah GM membangkitkan semula jenama Hummer yang sangat popular itu nyata berada di landasan yang tepat, dengan prestasi jualan yang mungkin melebihi jangkaan ramai.

Menurut laporan, pihak GMC telah menerima tempahan melebihi 90,000 unit bagi kedua-dua model pikap dan SUV Hummer EV.

Malah, menurut Presiden GMC Global Duncan Aldred mendakwa Hummer EV telah pun habis terjual untuk tempoh dua tahun atau lebih!

Sebagai perbandingan, setakat September 2022 GM hanya sekadar menghasilkan 2,570 unit Hummer EV Pickup.

Tidak dapat dipastikan sama ada GM mampu untuk menampung kapasiti produksi Hummer EV untuk tahun 2023 bagi memenuhi permintaan yang tinggi dikalangan pelanggan dan peminat jenama Hummer itu.

Ini kerana sebelum ini GM mengumumkan produksi Hummer EV akan ditangguhkan buat sementara waktu pada bulan ini bagi memberikan laluan kepada proses naiktaraf fasiliti untuk produksi trak pikap elektrik Chevrolet Silverado EV.

Ia turut disumbangkan lagi dengan krisis kekurangan komponen automotif yang masih lagi membelenggu kebanyakan pengeluar di peringkat global, memaksa produksi ditangguhkan atau dikurangkan buat sementara waktu. – GM Authority

Google ads
Back to top button