Buletin

GMC HUMMER EV – 2 UNIT SAHAJA DIJUAL SEPANJANG Q1 2023

Sepanjang suku pertama tahun 2023, jenama GMC telah berjaya menghantar kira-kira 130,608 unit kenderaan untuk pasaran Amerika Syarikat, atau peningkatan sebanyak 7.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Sayang sekali, salah satu model penting GMC – trak pikap elektrik Hummer EV – tidak meraih populariti yang disangkakan.

Menurut laporan terbaharu, GMC hanya sekadar menghantar dua unit sahaja model tersebut untuk tempoh yang sama Q1 2023.

Ia merupakan penurunan mendadak sebanyak 98 peratus berbanding 99 unit yang diedarkan pada tahun lalu, dan merupakan keputusan yang amat teruk sejak ia dilancarkan pada suku keempat 2021.

Salah satu punca angka tersebut menurun ialah kilang Factory ZERO di Michigan yang kini sedang diubahsuai untuk menerima kemasukan model-model dari platform Ultium, terutama Chevrolet Silverado EV.

Trak pikap elektrik yang bakal menjadi pesaing kepada F-150 Lightning itu dijangka akan mula memasuki pasaran selewatnya musim bunga.

Sebelum ini, GMC melaporkan penutupan tempahan bagi model GMC Hummer EV Pickup dan Hummer EV SUV pada September, di mana sebanyak 90,000 unit tempahan telah diterima.

Oktober tahun lepas, GMC mengumumkan kedua-dua model tersebut sudah habis terjual untuk tempoh dua tahun.

Google ads
Back to top button