Buletin

ANDA PERLUKAN $6000 UNTUK GANTI LAMPU BELAKANG GMC HUMMER EV

GMC Hummer EV, ia sebuah SUV/Trak pikap berkuasa elektrik yang sangat pantas, sangat mahal harganya dan boleh berjalan macam seekor ketam.

Namun, tahukah anda, kos untuk menggantikan lampu belakang Hummer EV sebenarnya sangat mahal, mencecah $3,000 setiap satu?

Ya, ini adalah berdasarkan laporan daripada laman The Drive.

Menurut laman web itu, kos sebenar penggantikan lampu belakang Hummer EV adalah sekitar $3,045.48 untuk satu unit, dan jika terpaksa menggantikan kedua-dua unit, kos yang diperlukan adalah $6,090.96 (RM28,606).

Tidak termasuk kos buruh dan cukai, ini menjadikan kos pembaikan lampu belakang GMC Hummer EV sangat tidak berbaloi, memandangkan ia adalah menyamai kos pembelian sebuah sedan atau SUV dengan unit lampu yang berfungsi sepenuhnya.

Difahamkan, unit lampu Hummer EV itu bukanlah sekadar perumah kosong dengan mentol yang mudah ditukar.

Menurut The Drive, unit lampu Hummer EV itu bukan saja menempatkan modul lampu, malah ia turut mempunyai cip pemprosesan yang tertanam sekali, menjadikan kos penggantian unit lampu ini menjadi sangat mahal. – The Drive

Google ads
Back to top button