Artikel Pilihan

MAZDA PERKENAL ENJIN 3300CC 6 SILINDER SEBARIS, PACUAN BELAKANG, 8 KELAJUAN AUTO

Beberapa hari lepas, Mazda telah memperkenalkan satu lagi enjin baru turbodiesel yang dinamakan sebagai e-Skyactiv D Diesel yang bakal digunakan pada model CX-60. Enjin 6 silinder ini akan ditawarkan bersama-sama dengan enjin 2500cc PHEV bagi pelanggan yang memerlukan enjin berkuasa untuk menarik beban yang berat dan jauh

Enjin ini diperkenalkan sebagai sebahagian strategi Mazda bagi menawarkan produk dan teknologi dengan enjin pembakaran dalam yang lebih efisyen selain daripada teknologi elektrifikasi bagi memenuhi keperluan pasaran yang berbeza.

Enjin e-Skyactiv D ini akan menampilkan teknologi baru yang dinamakan sebagai Distribution-Controlled Partially Premixed Compression Ignition (DCPCI) Technology yang akan menghantar diesel bertekanan tinggi pada masa yang tepat dengan menggunakan suntikan piezzo 10 lubang.

Piston juga dihasilkan supaya ia memiliki 2 kebuk berasingan yang berbentuk telur bagi memastikan pembakaran berlaku dengan smpurna dan bersih. Inovasi ini membenarkan Mazda mencapai kecekapan haba sehingga 40% dan menjadi enjin diesel paling bersih di dunia

Enjin yang 3283cc menggunakan konsep “right sizing” ini akan ditawarkan dalam 2 varian bagi meningkatkan kecekapan dan juga menghasilkan kuasa yang tinggi. Sistem suntikan bahan api terus common rail dengan teknologi elektrik ini akan menjana 228 kuasa kuda dari 4000 RPM dan 500Nm tork di antara 1500-3000 RPM

Bagi varian yang dilengkapi dengan sistem hibrid 48 volt Mazda M Hybrid Boost System, enjin ini akan menjana sekitar 251 kuasa kuda dan 550Nm tork. Kuasa tambahan ini dibekalkan daripada motor elektrik yang menjana 17 kuasa kuda dan 153Nm tork serta bateri sebesar 0.33kWh

Varian hibrid mebolehkan Mazda CX-60 memecut dari 0-100km/jam dalam masa 7.4 saat, purata penggunaan bahan api sekitar 22.6 kilometer per liter dan pelepasan gas karbon dioksida pada aras 137g/km. Semua ini dicapai dengan CX-60 seberat 1900kg, menggunakan pacuan semua roda dan seberat 1900kg

Tork 550Nm yang dihasilkan membolehkan CX-60 menunda beban seberat 2500kg tanpa masalah walaupun berat enjin 3300cc ini adalah sama dengan enjin 2200 turbodiesel yang digunakan pada model CX-5. Enjin ini juga akan digabungkan dengan transmisi 8 kelajuan automatik baru yang khas untuk enjin ini

Google ads
Back to top button