Buletin

GM JUAL 26 KETUL JE EV Q4 2021. SIAPA GELAK TU?

General Motors (GM) mempunyai perancangan kenderaan elektrik (EV) yang besar sehingga percaya mampu mengejar jualan EV Tesla menjelang 2025.

Bagaimanapun, kemungkinan ia memerlukan lebih banyak masa berikutan pencapaian suku keempat (Q4) 2021 penghantaran EV syarikat terbabit amat buruk.

Menurut angka dikeluarkan pengeluar kenderaan itu, sebanyak 26 unit EV sahaja yang dihantar sepanjang Q4 2021 merangkumi 25 unit Bolt EV dan Bolt EUV serta satu unit GMC Hummer EV.

Angka berkenaan menunjukkan GM terjejas berikutan penarikan semula Bolt Ev dan Bolt EUV yang berterusan serta pengangguhan pengeluaran produksi.

Pada Q4 2020, GM telah menghantar sebanyak 6,701 unit Bolt EV dan EUV tetapi pengeluaran diberhentikan sehingga produk baharu tidak dapat dihantar kepada para pelanggan.

Model GMC Hummer EV juga baru dimulakan dan tidak hairan ia terjual satu unit sahaja.

Dalam satu perkongsian ciapan peminat Tesla di Twitter yang berkongsi berita berkenaan memaklumkan GM hanya menjual 26 EV pada suku keempat, mendorong maklum balas daripada Elon Musk berbunyi :- “ Masih ada ruang untuk memperbaiki keadaan”.

Dalam pada itu, GM juga telah berdepan situasi penarikan semula bateri Bolt Ev dan EUV sehingga menyebabkan produksi terpaksa dihentikan sementara.

Begitupun, ia sama sekali tidak melemahkan semangat GM apabila sedang giat membangunkan EV baharu.

Ia termasuk versi elektrik pikap Silverado yang didedahkan pada CES 2022 dan bakal memasuki produksi pada 2023. – carscoops

Google ads
Back to top button