Buletin

HUMMER H1 SHEIKH RAINBOW TERBESAR DI DUNIA. 3 KALI GANDA SAIZ STANDARD

Hummer H1 atau dikenali sebagai X3 dimiliki hartawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan merupakan Hummer terbesar di dunia.

Apa tidaknya, jentera itu adalah tiga kali ganda berbanding saiz sebenar Hummer H1.

Jentera gergasi itu setinggi 6.6 meter, 14 meter panjang dan 6 meter lebar.

Pemiliknya, Sheikh Hamad atau lebih dikenali Sheikh Rainbow mempunyai hobi mengumpul koleksi kereta pelik dan berharga.

Hummer gergasi itu digerakkan dengan empat enjin diesel dan Sheikh Hamad tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai spesifikasi kenderaan tersebut.

Tidak banyak perincian berhubung ruang dalaman tetapi ia dilengkapi tandas dan sinki.

Sheikh Rainbow turut memiliki Power Wagon 1950 gergasi yang dibangunkan seperti hotel dengan menempatkan bilik-bilik.

Justeru, tidak mustahil Hummer berkenaan juga akan mengikut jejak langkah jentera berkenaan.

Hummer X3 kini dipamerkan di Muzium Sejarah Off-Road di Al-Madam, UAE. –carscoops/thedrive

Google ads
Back to top button