Buletin

HUMMER EV KEMBALI BERTEMPUR, US ARMY BELI SATU UNTUK TUJUAN PENILAIAN

Beberapa dekad yang lalu, kenderaan yang dikenali sebagai High Mobility Multipurpose Wheeled Vehicle (Humvee) membuat kemunculan di medan pertempuran sebelum ia ditawarkan dalam versi untuk kegunaan orang awam.

Kini, Humvee dijelmakan kembali sebagai GMC Hummer EV dan kelahiran semula model tersebut dilihat menarik perhatian tentera US.

Malah, menurut laporan Detroit Free Press, pihak United States Army telah pun membeli sebuah unit produksi Hummer EV untuk tujuan ujian dan penilaian.

Berdasarkan dokumen yang berkait dengan perjanjian perolehan tersebut, “tujuan perolehan (Hummer EV) ini adalah untuk mendapatkan sebuah kenderaan elektrik bateri tugas ringan/tugas berat, atau kenderaan hibrid bersiri untuk analisis dan demonstrasi kepada pihak kerajaan.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan apakah perancangan pihak tentera untuk Hummer EV melainkan keperluan untuk mengurangkan kadar kebergantungan terhadap bahan api fosil dalam persekitaran operasi Tentera Darat.

Menurut Presiden GM Defense, Steve duMont berkata, “dengan memanfaatkan teknologi termaju GM, demonstrasi ini akan membuktikan keupayaan sebenar supertrak elektrik ini kepada pasukan US Army dan bagaimana teknologi yang ada boleh dimanfaatkan untuk tujuan pertahanan sama ada dalam pemasangan atau persekitaran taktikal.

Semenjak ditubuhkan pada tahun 2017, GM Defense telah pun memenangi beberapa kontrak kerajaan, jadi sama-sama kita tunggu apakah tindakan selanjut yang bakal diambil oleh pihak tentera untuk model Hummer EV ini. – Detroit Free Press

Google ads
Back to top button