Buletin

HYUNDAI ELANTRA EXECUTIVE 2021. TEKNOLOGI SMARTSENSE, BERMULA RM139,888

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini memperkenalkan varian Executive untuk sedan Elantra generasi ketujuh.

Ditawarkan pada harga lebih mampu milik iaitu RM139,888 (tidak termasuk insurans), HSDM yakin ia mampu menguasai perkongsian pasaran sedan segmen C yang lebih besar.  

Varian Executive yang RM19,000 lebih murah berbanding varian Premium turut dipasang dengan beberapa ciri yang ada pada Premium. Antaranya ialah ciri  SmartSense seperti berikut:

  • Blind Spot-Collision Warning
  • Rear Cross Traffic – Collision Warning
  • Safe Exit Warning
  • Rear Occupant Alert

Sedan itu juga didatangkan dengan kemasan fabrik hitam pada tempat duduk, tetapan kerusi secara manual, kluster TFT LCD bersaiz 4.2 inci dan cermin panda belakang Day & Night.   

“Kami menerima maklum balas daripada pelanggan yang sukakan Elantra baharu pada harga lebih rendah. Memandangkan ia merupakan model import sepenuhnya dari Korea, kadar tukaran wang asing sememangnya mempengaruhi harga kereta.

“Kami memperkenalkan varian baharu ini kerana ingin membuatkan Elantra lebih mudah diakses oleh semua pelanggan,” kata Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung.  

Dibina di atas platform baharu, Elantra dikuasakan oleh enjin Smartstream G1.6 yang dipadankan bersama kotak gear Intelligent Variable Transmission (IVT). Enjin itu mampu menjana kuasa 123PS dan tork 154Nm. Pemandu boleh memilih daripada empat mode pemanduan iaitu Smart, Comfort, Eco dan Sport.

Direka berdasarkan kepada konsep rekaan Sensuous Sportiness Hyundai, sedan itu tampil agresif dengan garis-garis tajam.

Selain enam beg udara, Elantra turut dilengkapi ciri keselamatan lain seperti  Electronic Stability Control, Antilock Braking System, Downhill Brake Control, Hill-start Assist Control, Brake Assist System, Traction Control System, Vehicle Stability Management dan Immobiliser.

Elantra hadir bersama jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 300,000km (mana-mana tiba dahulu). Maklumat lanjut, sila hubungi talian 1-300-13-2000 atau layari laman web: www.hyundai.com.my.

Google ads
Back to top button