HONDA X-ADV 2021. ENJIN LEBIH POWER, SKRIN TFT, 4 MODE TUNGGANGAN. BERMULA RM67,799
Sejak dilancarkan pada tahun 2018, Honda X-ADV nyata mendapat perhatian daripada peminat motosikal adventure di seluruh negara.
Kini, Boon Siew Honda memperkenalkan pula model X-ADV 2021 yang menerima penambahbaikan untuk menjadikannya sebuah model lebih menarik. Honda X-ADV 2021 didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu kelabu, merah dan hitam. Jentera itu boleh anda miliki pada harga bermula RM67,799 seunit.
Perubahan paling ketara ialah peningkatan kuasa pada enjin parallel dua silinder, empat lejang SOHC yang digunakannya. Enjin dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 745cc itu mampu menjana kuasa 58hp pada 6,750rpm dan tork 69Nm pada 4,750rpm.
Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear klac berkembar (DCT). Nisbah gear satu, dua dan tiga telah dipendekkan untuk memberi pecutan lebih pintar. Manakala gear empat, lima dan enam pula lebih panjang untuk menawarkan tunggangan lebih relaks dan penjimatan bahan api ketika menunggang di lebuh raya.
Jentera adventure itu juga menggunakan kerangka jenis diamond yang telah direka semula dan 1kg lebih ringan berbanding kerangka sebelumnya.
Penunggang boleh memilih di antara empat mode tunggangan iaitu STANDARD, SPORT, RAIN, GRAVEL dan USER. Mode USER membolehkan penunggang menukar tetapan. Lebih menarik lagi, DCT tampil dengan ciri penukaran gear secara automatik berdasarkan kepada mode tunggangan yang dipilih.
Tunggangan juga lebih lancar dengan adanya sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang menampilkan tiga tahap intervensi.
Segala maklumat tunggangan dipaparkan pada skrin TFT baharu bersaiz 5 inci bersama ciri Honda Smartphone Voice Control system (HSVCS). Disambungkan dengan telefon pintar penunggang, sistem itu membolehkan kawalan telefon, e-mel, muzik dan navigasi dibuat menerusi arahan suara.
Penampilan skuter berkenaan ditingkatkan dengan siluet serta rekaan badan yang lebih tajam. Perubahan itu dapat dilihat dengan ketara pada lampu utama LED yang didatangkan bersama lampu nyalaan siang (DRL).
Tidak perlu bimbang tentang aspek praktikaliti kerana X-ADV 2021 dilengkapi skrin hadapan baharu, glovebox berkapasiti 1.2 liter dan ruang storan di bawah pelamna seluas 22 liter dengan port pengecasan USB.
Kunci pintar tidak memerlukan penunggang untuk memulas kunci, atau membuka tempat mengisi minyak dan pelana. Tongkat tengah pula dilengkapi sensor kecondongan sebagai ciri standard.
X-ADV 2021 turut dipasang dengan sistem brek ABS, brek cakera depan belakang, fork USD 41mm, Pro- link Swingarm dan Emergency Stop Signal (ESS).
- BACA: KYMCO BAKAL PERKENAL SKUTER ADVENTURE, PESAING HONDA X-ADV 26 NOV 2020
- BACA: HONDA X-ADV MAHAL SANGAT? NAH, ADA YANG MURAH. TAPI 150CC LAA..
- BACA: BOON SIEW HONDA LANCAR HONDA X-ADV. HARGA BERMULA RM57,999
- BACA: EICMA 2016 : SKUTER ADVENTUR HONDA X-ADV
GALERI