Buletin

HYUNDAI HASILKAN KULIT SINTETIK. RUPA, RASA DAN BAU MACAM KULIT ASLI

Dalam usaha menghasilkan kenderaan yang lebih lestari, Hyundai CRADLE, unit inovasi global Hyundai Motor Group telah menjalin kerjasama strategik dengan startup bio-material dari New York, Uncaged Innovations, untuk menghasilkan kulit sintetik berasaskan tumbuhan khas bagi bahagian dalaman kereta. 

Material itu unik kerana bahan daripada bijirin seperti gandum, soya dan jagung diolah supaya meniru struktur fibril kulit haiwan, selain  menyediakan tekstur yang semulajadi dan menawan tanpa perlu membunuh haiwan. Produk tersebut juga memberi bau kulit asli, satu ciri jarang dijumpai dalam kebanyakan alternatif kulit tiruan.

Menurut laporan, penggunaan kulit berasaskan tumbuhan ini menghasilkan jejak karbon lebih rendah sehingga 95%, penggunaan air menurun sebanyak 89% dan penggunaan tenaga turun hingga 71% berbanding kulit biasa. Semuanya dicapai tanpa mengorbankan tekstur, ketahanan dan kualiti mewah yang dituntut dalam dalaman kereta.

Uncaged Innovations menghasilkan bahan mereka menggunakan BioFuze, platform teknologi yang menggabungkan protein bijirin dengan elemen tumbuhan lain untuk meniru kolagen, protein utama dalam kulit haiwan. Bahan ini selain mesra alam, turut menggunakan pewarna berasaskan kulit biji kopi, meminimakan penggunaan bahan kimia berbahaya.

Naib Presiden Kanan Hyundai CRADLE, Brendon Kim menyatakan kerjasama ini membuktikan komitmen Hyundai terhadap inovasi lestari. Menurut beliau, bahan dari Uncaged bukan hanya mesra alam melah memenuhi piawaian prestasi dalaman automotif yang tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Uncaged Innovations, Stephanie Downs menyifatkan Hyundai sebagai rakan ideal untuk mengembangkan teknologi ini ke tahap komersial yang masih relevan dalam industri automotif.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button