Motosikal

AVETA BAKAL JENAMAKAN SEMULA HAOJIN SY02?

Umum sedia maklum bahawa AVETA bakal memperkenalkan skuter maxi baharu tidak lama lagi menerusi NOVA 250.

Jenama motosikal tempatan itu telah pun mempamerkan NOVA 250 beberapa kali sebelum ini.

Bagaimanapun, teaser terbaru dari AVETA yang dimuat naik di media sosial memberi bayangan kepada kemunculan skuter baharu untuk pasaran tempatan namun berdasarkan gambar dikongsikan jelas tidak menunjukkan NOVA 250.

Ini kerana imej tersebut tidak menggambarkan skuter bersaiz 250cc sebaliknya lebih kepada skuter bersaiz antara 150cc hingga 200cc.

Berdasarkan tinjauan, kami berasakan bahawa skuter yang digambarkan dalam imej teaser itu merujuk kepada Haojin SY02. Ini bukan pertama kali AVETA menjenamakan semula skuter dari Haojin selepas melakukan perkara sama dengan Nova 160 (Haojin SE05).

*Haojin SY02

Selain itu, terdapat beberapa elemen yang turut merujuk kepada Haojin SY02 antaranya kedudukan lampu isyarat di bahagian panel sisi serta garisan pada panel badan. Kedudukan logo AVETA juga sama dengan skuter Haojin SY02.

Namun begitu, ini semua hanyalah andaian kami sahaja dan model sebenar mungkin berbeza dengan apa yang digambarkan. Apa pun, nantikan pelancaran rasmi dari pihak AVETA.

*Haojin SY02

Atas kertas, Haojin SY02 dikuasakan enjin satu silinder 150cc dan menawarkan tangki bahan api berkapasiti 13L. Difahamkan, skuter ini juga dilengkapi dengan ABS secara standard selain USB Type-A

Google ads
Back to top button