Buletin

HYUNDAI LANCAR PROGRAM JAMINAN LANJUTAN. YURAN TAHUNAN RM1,280

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan Program Jaminan Lanjutan untuk beberapa model terpilih seperti AD/MD Elantra, LF Sonata, TL/LM Tucson, DM Santa Fe dan TQ Starex. 

Program itu terbuka kepada kenderaan yang belum mencapai usaia 8 tahun bermula tarikh pengilangan dengan perbatuan bawah 300,000km pada tahun kelima dari tarikh pembeliannya. 

Ia bertujuan memberi ketenangan minda kepada pelanggan untuk menyelenggara kenderaan masing-masing selepas lima tahun dan jaminan pengilang berakhir. Jaminan tersebut berfungsi seperti jaminan kerta baharu, tetapi perlu diperbaharui setiap tahun dan melibatkan perbatuan kurang 30,000km setahun.

Dengan yuran tahunan sebanyak RM1,280 program berkenaan menawarkan jaminan lanjutan ke atas komponen dalaman sistem transmisi. Selain komponen elektrikal pada enjin, transmisi, motor dan alat ganti modular kenderaan. Ia turut merangkumi pembaikan dan penggantian alat anti secara percuma. 

Had bagi setiap tuntutan adalah sebanyak RM10,000. Namun, apa jua komponen yang pernah dituntut sebelum ini boleh dituntut sekali lagi jika terbukti rosak dengan tuntutan agregat penuh mencecah RM50,000. 

Kenderaan yang didaftarkan di bawah program itu hendaklah mempunyai rekod servis yang bagus dengan pusat servis sah Hyundai. Pemilik juga perlu membawa kenderaan ke pusat pengedar sah untuk servis rutin berdasarkan kepada sela penyelanggaraan yang dicadangkan oleh HSDM. 

Buat masa sekarang, program tersebut hanya boleh didapati di semua cawangan Sime Darby Auto Hyundai (SDAH). Ia dijangka dikembangkan ke pusat servis sah di seluruh negara tidak lama lagi. 

Maklumat lanjut, sila hubungi talian 1300-13-2000 atau layari laman web: www.hyundai.com.my  

Google ads
Back to top button