
HSDM SERAH HYUNDAI KONA ELECTRIC KEPADA 13 PELANGGAN PERTAMA
Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd (HSDM) menyerahkan Hyundai Kona Elektrik kepada 13 pelanggan pertama.
Ia merangkumi Kona Electric Lite (e-Lite), Kona Electric Plus )e-Plus) dan Kona Electric Max (e-Max).
Penyerahan kunci kenderaan elektrik (EV) baharu itu dilaksanakan di bilik pameran Sime Darby Auto Hyundai (SDAH), Ara Damansara.
Kona Electric merupkan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen B menarik dalam pasaran EV Malaysia berikutan harga yang kompetitif.
Penghantaran pertama melebihi 100 unit kenderaan habis terjual ketika dilancarkan pada November tahun lalu.
Di peringkat global pula, Kona Electric menerima pengiktirafan antarabangsa untuk kualiti, kebolehpercayaan, keselamatan dan keupayaan jarak jauh jentera terbabit.
Bahkan, SUV berkenaan tercatat dalam Guinness World Records untuk ‘Highest Altitude Achieved in an Electric Car’ dengan mencapai ketinggian 5,731 meter di Tibet ketika cuaca sejuk melampau dan berais.
Selain itu, Kona Electric juga dinobatkan Pilihan Keselamatan Teratas oleh Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya di Amerika Syarikat (AS).
Ia turut dipilih sebagai Kereta Keluarga Kecil Terbaik Anugerah Elektrik TopGear di United Kingdom (UK) dengan menempuh jarak 1,600 km dalam tempoh 24 jam.
EV terbaharu itu hadir dengan bateri kapasiti tinggi yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 305 km (varian e-Lite dan e-Plus) manakala e-Max mencecah 484 km.
Pengarah Urusan, Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan berkata segmen EV semakin berkembang dan berpotensi di pasaran Malaysia.
“Kami sentiasa memberi tumpuan menyokong penggunaan EV sekali gus menyumbang kepada Rangka Tindakan Mobiliti Rendah Karbon kerajaan.
“Justeru, kami berbesar hati melihat maklum balas positif daripada pelanggan terhadap Hyundai Kona Electric yang menunjukkan minat terhadap EV dalam kalangan Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, pemilik kumpulan pertama Kona Electric menerima kad CharEV percuma selama setahun untuk memudahkan akses terhadap lebih 300 stesen ChargEV di seluruh negara.
Untuk keterangan lanjut mengenai Kona Electric boleh mengunjungi bilik pameran di Hyundai Ara Damansara, Hyundai Jalan Klang Lama dan Hyundai Citystore, Pulau Pinang atau layari laman web https://www.hyundai.com.my/showroom/kona-electric/
- BACA: HSDM TIDAK RANCANG TAWAR HYUNDAI STARIA 11 TEMPAT DUDUK KE PASARAN MALAYSIA
- BACA: HYUNDAI IONIQ 5 RASMI DILANCARKAN. 3 VARIAN, 2 PILIHAN PEK BATERI, TOP SPEED 185KM/J, BERMULA RM199,888
- BACA: HYUNDAI PROMISE KINI DI JALAN KLANG LAMA. BELI KERETA TERPAKAI HYUNDAI YANG DIJAMIN KUALITINYA
- BACA: HYUNDAI PALISADE DILANCARKAN, DARI RM 328,888. ENJIN V8 3.8 GDI ATAU 2.2 CRDI