
HYUNDAI PALISADE FACELIFT 2023 KINI DI MALAYSIA. 2 PILIHAN ENJIN, 4 VARIAN, BERMULA RM369K
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini memperkenalkan Palisade versi facelift ke pasaran Malaysia.
Harus tahu bahawa Palisade 2023 dilancarkan lebih awal kerana ramai pelanggan bertanya selepas melihat Yang Dipertuan Agung, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah memandu SUV flagship berkenaan.
Palisade didatangkan dalam empat varian dengan dua pilihan enjin. Varian petrol dikuasakan oleh enjin 3.8 liter V6 dwi CVVT. Ia mampu menjana kuasa sekitar 295PS pada 6,000rpm dan tork 355Nm pada 5,200 rpm.

Varian diesel pula menggunakan khidmat enjin R2.2 CRDi yang menawarkan kuasa mencecah 200PS dan tork 440Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke sistem pacuan empat roda HTRC melalui kotak gaer lapan kelajuan automatik.
Dari segi luaran Palisade baharu menerima penambahbaikan dari segi perubahan kedudukan lampu utama dan lampu nyalaan siang (DRL) LED. Ia juga dipasang dengan gril cascading berwarna hitam yang lebih besar dam rekaan parametric shield untuk penampilan premium.
Melihat dari arah sisi, tiada perubahan yang besar berlaku. Cuma, overhang hadapan dipanjangkan sebanyak 20mm dan belakang pula dipendekkan 5mm. Biarpun begitu, jarak rodanya masih kekal sama.
Palisade menggunakan rim aloi multi-jejari bersaiz 20 inci, selain sepasang roof rails untuk menjadikannya kelihatan lebih rugged.

Rekaan belakang diserlahkan dengan gugusan lampu komposit LED yang diposisikan secara menegak dan skid plate berwarna kelabu. . SUV itu
Masuk ke dalam kabin, anda akan dapat melihat beberapa penambahbaikan. Antaranya ialah cermin pandang belakang tanpa bingkai, stereng baharu dan banyak lagi.
Pelanggan boleh memilih konfigurasi tujuh atau lapan tempat duduk mengikut keperluan. Ciri One-Touch pada kerusi baris kedua memudahkan urusan keluar dan masuk untuk penumpang di kerusi baris ketiga.
Sebagai sebuah SUV bersaiz penuh, ia mampu menawarkan ruang kargo sehingga 1,297 liter apabila ketusi baris kedua dan ketiga dilipat. Jika semua kerusi digunakan, ruang penyimpanan barang adalah seluas 509 liter.

Sistem infohibur kini menerima paparan LCD bersaiz 12.3 inci yang telah dinaik taraf dengan antara muka baharu. Maklumat pemanduan pula dipaparkan menerusi kluster meter digital sepenuhnya yang mudah dioperasi.
Bahagian dalaman Palisade kini lebih kemas dengan rekaan corong pendingin hawa yang nipis. Tidak perlu berebut untuk mengecaj peranti anda kerana Palisade didatangkan dengan port USB-C berkapasiti 15 watt yan lebih pantas.

Harga dan varian Palisade adalah seperti berikut:
- Hyundai Palisade Luxury (7 tempat duduk/petrol) – RM399,888
- Hyundai Palisade Executive (8 tempat duduk/petrol) – RM378,888
- Hyundai Palisade Luxury (7 tempat duduk/diesel) – RM389,888
- Hyundai Palisade Executive (8 tempat duduk/diesel) – RM368,888
Harga itu adalah 12 peratus lebih tinggi berbanding model terdahulu. Jentera itu hadir dengan jaminan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 50,000km (mana-mana tiba dahulu).
Anda juga boleh memilih jaminan lanjutan selama lima tahun atau 300,000km serta servis percuma tiga tahun pada harga RM11,000 (petrol) dan RM12,000 bagi varian diesel.
- BACA: HYUNDAI PALISADE DILANCARKAN, DARI RM 328,888. ENJIN V8 3.8 GDI ATAU 2.2 CRDI
- BACA: KABIN PALISADE BAU BUSUK. HYUNDAI SIASAT ADUAN PEMBELI
- BACA: HYUNDAI PALISADE : SUV KEMEGAHAN KOREA
- BACA: HYUNDAI BUAT IKLAN AJAR RAKYAT BRITAIN SEBUT JENAMA DENGAN BETUL – ‘HYUN-DAY’ BUKAN ‘HY-UN-DAI’
GALERI








