
HYUNDAI STAREX 2022. WARNA BIRU, BODYKIT SPORTY, BERMULA RM163,888
MPV dengan kapasiti 11 tempat duduk popular daripada Hyundai, Grand Starex sememangnya cukup laris dan hanya tinggal beberapa unit sahaja.
Jentera itu kini hadir dalam warna biru yang baru dan menerima beberapa bentuk penambahbaikan. Antaranya ialah bodykit sporty, lampu belakang kristal dan spoiler belakang bersama lampu brek ketiga.
“Grand Starex merupakan antara model paling laris kami selepas Kona dan Elantra. Ini kerana ia menawarkan saiz, prestasi dan harga mampu milik. Dengan jumlah yang tinggal tidak lagi banyak, mereka yang mahu membelinya boleh membuat tempahan sekarang,” kata Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM), Low Yuan Lung.

Hadir dalam dua varian iaitu Grand Starex Executive Plus dan Grand Starex Executive Plus dengan ciri Telematics, MPV berkenaan menawarkan prestasi terbaik dan penjimatan bahan api menerusi enjin diesel 2.5 CRDi VGT. Enjin itu dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan bersama ciri Shiftronic.
Ciri-ciri premium yang ada termasuklah tempat duduk beris kedua boleh dipusing, rangkaian sistem keselamatan, paparan monitor dan banyak lagi.
Apaila pelanggan menambah RM2,000 pada Grand Starex Plus, MPV tersebut dipasang dengan sistem Telematics yang berfungsi meningkatkan keselamatan penumpang dan pemandu jika terlibat dalam kemalangan atau kerosakan. Perkhidmatan concierge pula memudahkan pelanggan untuk membuat tempahan servis atau melapor kecurian.

Sistem Telematics diintegrasikan dengan enam perkhidmatan iaitu eCall: Automatic Accident Detection, Manual eCall: Bantuan Kecemasan, bCall: Bantuan Kerosakan, Service Assist, Aplikasi Mudah Alih – Ciri Keselamatan Terhubung dan Pengesan Kecurian Kenderaan. Connected Security Features and Stolen Vehicle Tracking.
Didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 300,000km, Grand Starex Executive Plus ditawarkan pada harga RM163,888 seunit. Manakala Grand Starex Executive Plus dengan Telematics berharga RM165,888.