Buletin

HYUNDAI LANCAR SONATA HYBRID

Pengeluar kenderaan terbesar Korea Selatan, Hyundai Motor Company hari ini melancarkan model Sonata Hybrid serba baharu di Seoul.

Hyundai-Sonata-Hybrid-mekanika (1)

Sonata Hybrid adalah hasil pembangunan selama 27 bulan yang melibatkan pelaburan berjumlah 180 bilion Won (RM58 juta). Ia dijangka dipasarkan ke luar Korea mulai pertengahan tahun 2015.

Hyundai Motor mensasarkan untuk menjual 55,000 unit Sonata Hybrid (Korea: 18,000 unit/ pasaran luar: 37,000 unit) pada tahun depan.

Hyundai-Sonata-Hybrid-mekanika (3)

Sonata Hybrid digerakkan oleh unit enjin hibrid Nu 2.0 liter GDI bersama motor elektrik berkuasa 38kW. Ia mampu menjana kuasa mencecah 156PS dan tork 19.3 kg/m, peningkatan sebanyak empat dan 5.5 peratus berbanding model terdahulu. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan yang baru.

Kombinasi kuasa itu membolehkan sedan eksekutif tersebut mencatat penjimatan penggunaan bahan api sekitar 18.2km/l untuk varian dengan roda 16 inci dan 17.7km/l (roda 17 inci).

Hyundai-Sonata-Hybrid-mekanika (4)

Sonata Hybrid menggunakan pek bateri lithium-polimer yang pada tahun 2011 menjadikan Hyundai Motor pengeluar kenderaan pertama mengaplikasikan teknologi bateri yang cekap itu ke dalam sebuah kereta produksi.

Diletakkan di bahagian bawah lantai kargo belakang, ia membolehkan sedan itu mempunyai ruang kargo lebih luas. Di samping dapat menawarkan konfigurasi lipatan tempat duduk belakang 60/40.

Hyundai-Sonata-Hybrid-mekanika (2)

HyundaiMotor Company juga dikatakan bakal melancarkan model Plug-in Hybrid pada tahun 2015. Sekali gus mengembangkan model mesra alamnya untuk semua segmen kenderaan menjelang tahun 2020.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button