Buletin

FORD ANJUR PROGRAM DSFL

Ford Motor Company bersama rakannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) secara rasminya melancarkan kempen Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat (DSFL) di Malaysia.

Ford-DSFL-Malaysia-mekanika (2)

Sebanyak empat sesi latihan DSFL telah diadakan di Malaysian Agro Exposition Park Serdang pada 13-14 Disember lalu.

Program DSFL bertujuan mendidik para pemandu mengenai kemahiran yang perlu dan praktikal untuk memandu dengan selamat. Di samping membantu mengurangkan jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan.

Ford-DSFL-Malaysia-mekanika (3)

Latihan tersebut merangkumi sesi teori di dalam bilik darjah dan latihan amali untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada tahun 2013 menyatakan bahawa kemalangan jalan raya membunuh hampir 1.2 juta orang setahun, serta mencedera atau mencacatkan sehingga lebih 50 juta yang lain. Data WHO juga menunjukkan bahawa tanpa langkah sewajarnya, jumlah kecederaan ini akan meningkat dengan drastik menjelang tahun 2020.

Ford-DSFL-Malaysia-mekanika (4)

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) pula memberitahu, secara puratanya seramai 18 orang maut di jalan raya di Malaysia pada setiap hari. Angka ini dijangka meningkat kepada 29 orang menjelang tahun 2020.

“Ford percaya bahawa aspek keselamatan jalan raya adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami. Jadi, kami berbesar hati untuk melancarkan kempen Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat di Malaysia demi membantu meningkatkan kesedaran tentang amalan dan teknik pemanduan yang selamat,” kata Pengarah Urusan, Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, David Westerman.

Ford-DSFL-Malaysia-mekanika (5)

Lebih daripada 80 orang pemandu yang memiliki lesen mengambil bahagian dalam sesi latihan DSFL. Ia merangkumi tip-tip dan teknik pemanduan selamat seperti pentingnya semua penumpang memakai tali pinggang keledar, memandu tidak melebihi had laju, mengelak gangguan ketika memandu serta memastikan jarak yang selamat dengan kenderaan lain di atas jalan raya.

Ford-DSFL-Malaysia-mekanika (7)

Di Asia, Ford DSFL kini sudah memasuki tahun ketujuh penganjurannya. Malaysia menyertai kempen DSFL selepas China, India, Indonesia, Myanmar, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Filipina. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button