Buletin

HYUNDAI LANJUTKAN TEMPOH KEMPEN SERVIS HINGGA 31 OGOS 2021

Hyundai-Sime Darby Motors  (HSDM) kini melanjutkan kempen servis tengah tahunnya hingga 31 Ogos bagi memenuhi keperluan pelanggan yang tidak dapat menghantar kereta mereka berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). 

Menerusi kempen ini, pelanggan yang menghantar kenderaan ke mana-mana pusat servis sah Hyundai akan menikmati diskaun sebanyak 15 peratus ke atas alat ganti terpilih dan 10 peratus potongan untuk kos buruh. Pemegang Kad Kesetiaan Hyundai pula akan diberi diskaun lebih banyak iaitu 25 peratus ke atas alat ganti terpilih dan potongan 15 peratus kos buruh. 

Alat-alat ganti terpilih terdiri daripada gasket, penapis udara, penapis minyak, palam pencucuh dan banyak lagi. 

Kad Kesetiaan Hyundai merupakan kelebihan eksklusif yang diberikan secara automatik menerusi pemilikan mana-mana model Hyundai. Antara kelebihannya adalah promosi bulanan seperti diskaun sebanyak 20 peratus ke atas produk KLIMA Fresh dan BlueChem. 

Pelanggan akan menerima lebih banyak kelebihan pada masa akan datang. Misalnya diskaun selepas jualan dalam bulan tarikh lahir, barangan Hyundai dan nilai trade-in lebih tinggi apabila mereka membeli model Hyundai yang baru.

Pelanggan sedia ada boleh mendaftar untuk mendapatkan kad itu secara percuma di mana-mana pusat servis sah Hyundai di seluruh negara.  

Google ads
Back to top button