,
Buletin

HYUNDAI PAMER DUA ENJIN BAHARU

Hyundai Motor memperkenalkan dua enjin petrol turbo dengan sistem pancitan terus bahan api (T-GDI) di acara Paris Motor Show 2014 baru-baru ini. 

Hyundai-i20-mekanika (3)

Enjin bersesaran 1.0 dan 1.4 liter itu adalah sebahagian daripada enjin generasi baru dalam keluarga enjin Kappa. Ia dibangunkan untuk memenuhi permintaan terhadap enjin turbo berkapasiti kecil.

Enjin Kappa 1.0-litre T-GDI dibina berasaskan kepada enjin MPI 1.0 liter Kappa. Ia kini dilengkapi pelbagai teknologi baharu seperti sistem pancitan bahan api terus dan pengecas turbo single-scroll yang kecil.

Hyundai-i20-mekanika (2)

Dibangunkan di Pusat Teknikal Hyundai di Eropah, ia mampu menghasilkan kuasa mencecah 120PS dan tork 172Nm. Enjin itu bakal digunakan pada model i20 generasi baharu untuk tahun 2015.

Enjin Kappa 1.4 liter T-GDI pula dikatakan lebih ringan berbanding enjin Gamma 1.4 liter. Hanya seberat 87kg, ia berupaya menjana kuasa sehingga 117PS dalam mode  CNG dan 206Nm. Dengan emisi hanya 87 g/km, ia berjaya menepati piawaian standard emisi Euro6 yang cukup ketat.

Hyundai-i20-mekanika (4)

Selain enjin, Hyundai turut mengetengahkan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan yang dipasang pada kereta konsep i30 CNG.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button