Buletin

ISUZU N-SERIES KENDERAAN TUGAS RINGAN TERBAIK

Trak tugas ringan Isuzu N-Series diberi pengiktirafan tertinggi apabila dipilih sebagai penerima anugerah Kenderaan Tugas Ringan Terbaik (Light Duty Vehicle of the Year) oleh juri jawatankuasa Anugerah Trak Tahunan Terbaik anjuran Cars, Bikes and Trucks 2014, New Straits Times.

TOTY-Award-mekanika (1)

Trak Isuzu N-Series mendominasi pasaran trak Malaysia apabila menjadi rangkaian trak terlaris dan menerima anugerah untuk kategori trak dengan berat kenderaan kasar (GVW) sehingga lapan tan dalam satu majlis yang berlangsung di Subang, Selangor.

Anugerah itu diterima oleh Pengurus Besar Divisyen Pemasaran & Jualan Kenderaan Komersial Isuzu Malaysia, Mikio Tsukui. Beliau menyatakan bahawa anugerah itu adalah pengiktarafan jelas terhadap usaha Isuzu untuk menawarkan para pelanggan dengan produk-produk yang boleh dipercayai dan perkhidmatan berkualiti tinggi.

Isuzu-N-Series-mekanika

“Isuzu Malaysia telah berusaha bersungguh-sungguh, bukan sekadar menawarkan produk yang mampu memenuhi keperluan setiap pelanggan. Malah, sudah menjadi keutamaan kami untuk memastikan para pelanggan menerima perkhidmatan selepas jualan yang pantas dan efektif. Ia merupakan aspek penting dalam memastikan trak tugas ringan kami menjadi kenderaan komersial kegemaran rakyat Malaysia,” kata Tsukui.

Trak komersial tugas ringan Isuzu N-Series mengungguli carta jualan pada tahun 2013 dengan jualan 5,766 unit pada tahun ini. Sekali gus menjadi rangkaian trak terlaris di Malaysia selama empat tahun berturut-turut. Selain prestasi jualan, kenderaan ini juga dinilai dari segi maklum balas pelanggan, boleh dipercayai dan bernilai untuk wang.

Isuzu-ELF-Mekanika (13)

Lebih signifikan lagi, anugerah itu dilihat sebagai tepat pada masanya buat Isuzu N-Series kerana Isuzu Elf serba baharu generasi ketujuh yang menggantikan trak N-Series telah dilancarkan selepas tempoh kelayakan anugerah untuk tahun ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button