Buletin

HYUNDAI REKA KERETA MINI 45 EV CONCEPT UNTUK PESAKIT KANAK-KANAK

Pengeluar kenderaan Korea Selatan, Hyundai melancarkan versi khas kereta mini berdasarkan 45 EV Concept yang digunakan untuk menyokong pesakit kanak-kanak di Hospital Kanak-Kanak SJD Barcelona, Sepanyol.

Kereta mini itu menggunakan teknologi Kawalan Mudah Suai Emosi Kenderaan (Emotion Adaptive Vehicle Control) yang mengoptimumkan kenderaan bergantung pada maklumat dari dalam dan luar.

Sebagai contoh, ia memantau ekspresi wajah, degupan jantung dan kadar pernafasan pengguna.

Gabungan bacaan tersebut akan memberi input kepada kenderaan termasuk kelajuan, pecutan, bunyi dan getaran malah maklumat ini dapat mengawal sistem pencahayaan, kawalan iklim, muzik serta wangian pada kenderaan.

Satu-satunya kenderaan mini itu disumbangkan kepada hospital yang akan digunakan untuk menyokong pergerakan pesakit kanak-kanak dari katil hospital ke bilik rawatan.

Ia merupakan salah satu perjalanan memberi tekanan kepada pesakit kanak-kanak.

“Kami mahu teknologi dibangunkan syarikat ini mampu membantu meningkatkan hidup para pelanggan merangkumi pelbagai mobiliti melebihi di jalan raya sahaja.

“Dengan penggunaan teknologi EAVC di kenderaan mini, ia dapat memberi keseronokan, pesakit kanak-kanak dapat merasai pengalaman pergerakan selamat dan meningkatkan tahap kesihatan mereka,” kata Penyelidik Jurutera Kanan Hyundai Motor, Jinmo Lee dalam satu kenyataan.

Kenderaan mini itu akan memaparkan warna lampu hijau, kuning dan merah mencerminkan emosi kanak-kanak pada waktu nyata apabila berada di dalam jentera. – carscoops

Google ads
Back to top button