Buletin

SUBARU BAKAL PERKENAL MODEL EV PERTAMA DI EROPAH. EVOLTIS KE?

Subaru merupakan antara beberapa pengeluar kenderaan utama yang kekurangan barisan kenderaan elektrik kepada pengguna.

Begitupun, senario berkenaan bakal berubah apabila jenama dari Jepun itu mengumumkan perancangan melancarkan kenderaan dijana bateri elektrik pertama di Eropah dalam masa terdekat.

Masih belum ada tarikh tepat dan juga prospek di pasaran Amerika Syarikat (AS).

Setakat kini, kenderaan elektrik (EV) itu masih belum mempunyai nama tetapi kemungkinan bakal mendapat nama Evoltis.

Jentera tebaharu itu akan memiliki saiz Subaru Forester dan berkongsi platform sama seperti Toyota dan Lexus.

Platform yang dimaksudkan merupakan seni bina modular e-TNGA khusus untuk EV yang boleh menampung pelbagai saiz jentera dan bateri.

Ia juga boleh dipadankan dengan setup kenderaan pacuan hadapan, pacuan belakang mahupun pacuan semua roda (AWD).

Memandangkan, ia Subaru, semua pacuan roda adalah jaminan bagi EV tersebut. Sama seperti versi Toyota dan Lexus, jentera itu akan dilengkapi ciri baharu sistem kawalan pemanduan elektrik Direct4.

Ini bukanlah projek besar pertama melibatkan dua gergasi pengeluar Jepun, Subaru dan Toyota.

Ia berikutan, dua contoh projek terdahulu, generasi pertama dan kedua BRZ malah 86 yang masih belum didedahkan merupakan bukti kerjasama syarikat-syarikat terbabit.

Selain itu, Toyota juga mempunyai pegangan saham sebanyak 20 peratus di Subaru.

Subaru Evoltis berkemungkinan besar akan muncul secara rasmi pada acara Tokyo Motor Show, tahun hadapan. – agensi

Google ads
Back to top button