Buletin

HYUNDAI SANTA FE 2025 LANCAR 2 JULAI INI – TAWAR TIGA VARIAN, 1.6T HIBRID, HARGA MASIH RAHSIA

Hyundai Motor Malaysia secara rasmi memperkenalkan generasi kelima SUV tujuh tempat duduk Santa Fe.

Model baharu ini tampil sepenuhnya berbeza daripada versi sebelumnya, dengan rekaan kotak dan bergaya lasak.

Santa Fe generasi baharu ini lebih panjang (4,830mm) dan tinggi (1,720mm), namun masih menggunakan platform sama seperti model lama.

Reka bentuk luarannya menyerlah dengan lampu depan dan belakang berbentuk “H”, bonet tinggi, serta rim sehingga 21-inci. Bahagian dalaman tidak dipamerkan semasa pratonton, namun dijangka menampilkan paparan skrin melengkung bersaiz 12.3-inci dan banyak elemen mewah termasuk tempat duduk boleh baring dengan rehat kaki, serta pengecas tanpa wayar berganda.

Baris ketiga kini lebih selesa dengan ruang kaki dan kepala yang ditambah baik, serta tempat duduk boleh direbahkan. Dengan tempat duduk baris ketiga dilipat, ruang but mencapai 628 liter dan hingga 1,949 liter jika semua tempat duduk belakang diratakan.

Dua pilihan enjin ditawarkan:

  • 1.6L turbo hybrid (230PS, 350Nm) pacuan hadapan
  • 2.5L turbo petrol (281PS, 422Nm) dengan sistem AWD HTRAC

Tiga varian akan ditawarkan: Hybrid Prime, Hybrid Prestige dan 2.5T Calligraphy. Keselamatan turut dipertingkat dengan ciri bantuan pemandu terkini, termasuk brek kecemasan automatik generasi kedua, bantuan mengelak pelanggaran, pemantau titik buta, dan kawalan jelajah adaptif.

Santa Fe CBU dijadual dilancarkan pada 2 Julai 2025, sementara versi CKD tempatan akan menyusul akhir tahun ini.

Google ads
Back to top button