Motosikal

RISIKO MINYAK ENJIN BOCOR, HONDA PANGGIL SEMULA 12,925 MODEL DI EROPAH

Honda mengumumkan product recall (panggilan semula) sebanyak 12,925 unit motosikal di Eropah.

Panggilan semula itu dibuat ekoran terdapat kebarangkalian berlakunya kebocoran di bahagian enjin yang berpunca dari skru pengikat yang bermasalah.

Memetik laporan antarabangsa, panggilan semula itu turut melibatkan 1,016 unit motosikal di Amerika Syarikat berdasarkan laporan keselamatan yang diterbitkan NHTSA.

Menerusi laporan berkenaan, model yang terlibatkan terdiri dari Honda XL750 Transalp, CB750 Hornet, CRF1100L Africa Twin, CB1000 Hornet dan CMX1100 Rebel.

Menurut laporan, skru pengikat tersebut yang dihasilkan pihak pembekal mengalami masalah ketika proses penghasilan thread sekaligus menyebabkan ketidaksejajaran.

Permasalahan itu boleh menyebabkan minyak enjin bocor dan boleh mengalir ke tayar belakang sekiranya kebocoran berlaku sewaktu motosikal sedang berjalan sekaligus berisiko menyebabkan kemalangan.

Setakat ini tiada perkhabaran bahawa product recall ini turut melibatkan pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Google ads
Back to top button