Motosikal

MOTOSIKAL DILARANG GUNA TEROWONG UDINI DI PULAU PINANG

Pihak berkuasa tempatan Pulau Pinang telah menambah papan tanda yang melarang motosikal menggunakan Terowong Udini di Jalan Masjid Negeri, Pulau Pinang.

Perkembangan terbaru itu dikongsikan ADUN Pulau Pinang, Connie Tan menerusi laman media sosial Facebook.

Penambahan papan tanda larangan dan tanda jalan bertujuan memberi peringatan untuk penunggang motosikal tidak menggunakan laluan itu sebaliknya perlu berada di lorong paling kiri untuk meneruskan perjalanan.

Peringatan tersebut dibuat selepas berlakunya kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal pada 12 Februari lalu. Mangsa telah hilang kawalan motosikalnya lalu menyeberangi laluan bertentangan sebelum dirempuh kenderaan lain.

Satu lagi kemalangan turut berlaku melibatkan penunggang motosikal dan dua kenderaan lain di lokasi sama.

Google ads
Back to top button