
HYUNDAI MAY-GA REWARDS TAWAR GANJARAN SEHINGGA RM36,000!
Bagi mereka yang sedang merancang untuk memiliki kenderaan baharu, bulan Mei ini mungkin masa paling sesuai untuk merealisasikan impian tersebut.
Hyundai Malaysia tampil dengan kempen istimewa “MAY-GA Rewards” yang menawarkan ganjaran menarik sehingga RM36,000 bagi model terpilih, tertakluk kepada stok terhad.
Kempen ini membabitkan tiga model popular Hyundai iaitu Tucson, Santa Fe dan Staria, dengan harga promosi yang lebih kompetitif selain disertakan waranti sehingga lapan tahun atau 160,000 kilometer.
Antara tawaran paling mencuri perhatian ialah Hyundai Tucson 2025 yang kini bermula serendah RM123,888 selepas MAY-GA Rewards.

SUV popular itu ditawarkan dalam beberapa varian termasuk 2.0 Style, 1.6T Prime, 1.6T Prestige (4WD) serta 1.6T HEV Prestige.
Varian tertinggi Tucson HEV Prestige menerima ganjaran sehingga RM36,000, menjadikan harga selepas promosi sekitar RM161,888. Selain reka bentuk moden dan teknologi terkini, Tucson turut dikenali sebagai SUV global Hyundai yang telah mencatat jualan lebih 10 juta unit di seluruh dunia.
Bagi pelanggan yang mahukan SUV lebih premium dan bersaiz besar, Hyundai Santa Fe 2025 turut ditawarkan dengan ganjaran sehingga RM29,000. Harga promosi kini bermula dari RM198,000 untuk varian 1.6T HEV Prime.
Santa Fe generasi baharu itu tampil dengan rekaan lebih lasak dan moden, selain pernah menerima pengiktirafan “Exterior Design of the Year 2026”. Model itu juga menawarkan ruang kabin luas dan teknologi bantuan pemanduan terkini sesuai untuk keluarga moden.
Sementara itu, Hyundai Staria pula menjadi pilihan ideal bagi mereka yang memerlukan MPV premium dengan kapasiti lebih besar. Menerusi kempen MAY-GA Rewards, Staria ditawarkan bermula RM164,888 untuk varian 11s Style selepas ganjaran promosi.

Antara varian lain yang turut menerima tawaran menarik termasuk 11s Prime, 11s Prestige dan 7s Prestige, dengan ganjaran sehingga RM26,000.
Untuk rekod, Staria juga pernah dinobatkan sebagai MPV of the Year 2025 bagi kategori 7-seater, sekali gus mengukuhkan reputasinya dalam segmen MPV premium.
Selain harga menarik, Hyundai turut menawarkan anggaran bayaran bulanan kompetitif bermula sekitar RM1,236 sebulan bergantung kepada model dan varian dipilih.
Kempen MAY-GA Rewards ini berlangsung untuk tempoh terhad sepanjang Mei dan hanya melibatkan unit stok sedia ada.
Pelanggan yang berminat disarankan mengunjungi bilik pameran Hyundai berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut serta menikmati tawaran eksklusif ini sebelum stok habis.








