Buletin

HYUNDAI SONATA THE EDGE 2025 UNTUK KOREA, HARGA MODEL TERATAS TURUN

Di antara sedan yang menarik di pasaran ialah Hyundai Sonata. Di negara asalnya, sedan ini dipanggil Sonata The Edge dan turut ditawarkan dengan rangkaian kuasa hibrid selain tampil sporti melalui N Line.

Terbaru Hyundai memperkenalkan Sonata The Edge 2025 untuk pelanggan di Korea dan mula ditawarkan pada 25 Oktober.

Hyundai memperkukuhkan daya saing dengan mendengar suara pelanggan dan satu yang menarik ialah varian teratas kini sedikit murah.

Kedudukan pengimbas cap jari yang sebelum ini pada sebelah kiri meter dipindahkan ke konsol tengah supaya dapat digunakan dari kerusi penumpang sisi.

Fungsi pasca hembusan (After-Blow) ditambah pada pada penyaman udara manual. Sistem ini berfungsi untuk mencegah pembentukan kulapak dan kulat.

Hyundai juga mengubah tetapan fungsi pemanasan dan pengudaraan dengan aturan operasi dari tahap tinggi kepada rendah.

Berkenaan harga, Sonata Inspiration petrol dikurangkan sebanyak 200,000 won (RM623).

Sonata ditawarkan dengan sejumlah rangkaian kuasa berikut:

  • Smartstream G1.6 T-GDi, 180ps@5,500 rpm, 264Nm@1,500 – 4,500 rpm, automatik 8 kelajuan
  • Smartstream G2.0, 160ps@6,500 rpm, 196Nm@4,800 rpm, automatik 6 kelajuan
  • Smartstream LPG 2.0, 146ps@6,000 rpm, 191Nm@4,200 rpm, automatik 6 kelajuan
  • Smartstream G2.0 GDi HEV (hibrid), 152ps/195ps@6,000 rpm, 189Nm@5,000 rpm, (38kW, 205Nm motor elektrik), automatik 6 kelajuan
  • Smartstream G2.5 T-GDi, 290ps@5,800 rpm, 421Nm@1,650 – 4,000 rpm, DCT 8 kelajuan

Sonata G2.0 dijual dari 28.31 juta won (RM88,226) bagi varian Premium sehingga 35.36 juta won (RM110,197) untuk varian Inspiration.

Sonata 1.6 turbo pula dari 28.98 juta won (RM90,331) sehingga 36.03 juta won (RM112,298). Model hibrid dari 33.83 juta won (RM105,441) sehingga 40.74 juta won (RM126,984).

Google ads
Back to top button