Artikel Pilihan

WANITA SAMAN JETBLUE KERANA HIDANGKAN AISKRIM TERLALU SEJUK DALAM PENERBANGAN – SERIUS LA

Satu ketika dahulu kami memang suka naik kapal terbang. Mungkin sebab dulu tak ada tambang murah jadi pengangkutan udara ni satu bentuk pengangkutan yang eksklusif dan bukan semua mampu membayar tambangnya. Sekarang macam-macam ragam boleh kita saksikan semasa menunggu panggilan masuk dan semasa penerbangan. Ada juga isu-isu pelik yang timbul contohnya seorang penumpang JetBlue yang dikatakan mengalami kecederaan selepas memakan aiskrim semasa penerbangan.

Satu daripada keistimewaan menaiki pesawat ialah makanan yang dihidangkan. Sudah tentu ia bergantung kepada pesawat yang dinaiki dan tempoh masa penerbangan. Kalau tambang murah tu faham-faham saja lah.

Lain pula kisahnya dengan seorang wanita yang bernama Karla Quinonez yang menaiki penerbangan JetBlue dari lapangan terbang JFK ke Paris. Beliau disajikan dengan aiskrim semasa penerbangan dan dikatakan ia bukannya aiskrim biasa-biasa. Karla mendakwa aiskrim yang dihidangkan terlalu sejuk sehingga membahayakan pengguna seperti beliau.

Serius la wei. Cedera sebab makan aiskrim? Menurut dokumen pendakwaan, seorang penumpang telah menyaman JetBlue kerana menyajikan makanan pada suhu yang terlalu sejuk dan tidak selamat untuk dimakan. Beliau juga mendakwa defendan juga bersalah kerana tidak memberikan maklumat secukupnya ataupun amaran kepada beliau tentang betapa sejuknya aiskrim yang dihidangkan. Logik juga ni, kalau terlalu sejuk mesti aiskrim tu jadi keras semacam.

Ramai yang menganggap ia satu dakwaan yang lucu dan aiskrim sepatutnya dihidangkan sejuk. Karla bagaimanapun memang mengalami kecederaan pada bahagian gigi hadapan dan terpaksa mendapatkan rawatan pergigian. Gigi hadapan beliau retak menyebabkan kesakitan. Ia mungkin menyebabkan gigi tersebut terpaksa dicabut dan diganti dengan gigi palsu.

Karla mahukan ganti rugi yang setimpal dan ditambah dengan kos rawatan yang terpaksa ditanggung akibat kecuaian pihak JetBlue berhubung perkara tersebut. Lain kali hati-hati la kalau nak hiding makanan kepada tetapu walaupun ianya aiskrim. Boleh kena saman oo.

Google ads
Back to top button